Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
gelam I
Definisi :
sj tumbuhan (pokok), kayu putih, Melaleuca leucadendron; ~ bukit sj tumbuhan (pokok kecil), Leptospermum flavescens; tikus ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Eugenia grata.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
gelam I
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(18)
Istilah Bahasa Melayu
(5)
Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
(1)
Kamus Sains
(1)
Pengesahan Bahasa
(1)
Khidmat Nasihat
(3)
Ensiklopedia
(7)
Buku
(1)
Glosari Dialek Melaka
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Puisi
Masuk ke hutan memotong gelam,
Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
Baru bertiup angin utara.
Lihat selanjutnya...
(2)
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
gelam
gelam
Perhutanan
Sains Kayu dan Hasil Hutan
Nama biasa bagi kayu Melaleuca cajuputi daripada famili Myrtaceae. Gubal kayu
gelam
berwarna coklat kemerahan, dan tidak jauh berbeza daripada teras kayunya yang berwarna lebih gelap. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 720 hingga 820 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kayu
gelam
tahan dalam keadaan persekitaran lembap dan air masin, dan digunakan dengan meluas sebagai sumber kayu api, kayu jaras, dan kayu kelong. Kulit lembut kayu ini dapat digunakan sebagai pakal papan perahu.
mountain
gelam
gelam
gunung
Pertanian
Tiada
Tiada
gelam
bukit
gelam
bukit
Perhutanan
Sains Kayu dan Hasil Hutan
Nama biasa bagi kayu Leptospermum flavescens daripada famili Mytaceae. Nama tempatannya di Semananjung ialah cina maki. Gubal kayu
gelam
bukit berwarna coklat muda, dan berbeza daripada teras kayunya yang mempunyai jalur berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dan sekata, dengan ira yang berpilin atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 995 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini hanya sesuai digunakan sebagai hanya sesuai digunakan sebagai hulu alat dan barang-barang kayu kecil, kerana saiz pokok
gelam
bukit kecil dan batangnya tidak lurus.
henna
gelam
Kesenian
Tiada
Tiada
Melaleuca leucadendron
gelam
Herba
Botani dan Bioteknologi
Tumbuhan beraroma jenis pokok dalam famili Myrtaceae yang dikenali juga sebagai pokok kayu putih. Tumbuhan ini biasanya tumbuh di hutan paya dan persisiran pantai. Silaranya tirus berwarna putih kelabu dan kulit batangnya lekang seperti kepingan kertas. Daunnya tersusun berpilin, kecil berbentuk tombak dan berwarna hijau kelabu. Bunganya kecil, berwarna putih dan wangi. Tumbuhan ini menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai minyak kayu putih. Minyak ini boleh diminum untuk merangsang perpeluhan, meningkatkan degupan jantung, mengatasi kekejangan, merawat lelah, batuk, selesema, kecacingan, jangkitan pada sistem kencing, perut memulas, kolera, mententeramkan fikiran dan mengurangkan rasa sakit. Minyak kayu putih digunakan secara luaran untuk merawat pirai (gout), lenguh anggota, sakit sendi, luka, sakit kepala, sakit gigi, sakit telinga, gigitan serangga, penyakit kulit, kulit melecur, untuk mencuci luka dan menghalang jangkitan. Minyak ini juga digunakan sebagai pewangi dalam bahan pembersih, penyegar ud
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...