Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lang.sar] | ݢلڠسر

Definisi : ; menggelangsar meluncur ke muka, menggelincir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lang.sar] | ݢلڠسر

Definisi : dpt bergerak dgn lancar: pintu ~ pintu yg dpt dibuka (ditutup) dgn menolaknya ke kiri atau ke kanan. menggelangsar 1 bergerak dgn lancar; meluncur. 2 jatuh ke muka; menggelincir jatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelangsar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
top slidegelangsar atasKesenianTiadaGelangsar pada bahagian atas pintu gelangsar atau bahagian lain yang tergantung dan boleh bergerak pada lintang atas.
prismatic pairpasangan prismaMekanikGunaanPasangan yang membenarkan gerakan gelangsar nisbi sahaja. Pasangan ini mempunyai hanya satu darjah kebebasan. Contoh pasangan prisma ialah omboh dan silindernya. Pasangan ini juga dinamai pasangan gelangsar atau sendi gelangsar. Lihat juga pasangan.
sliding sleeve positioning-foolperkakas penempatan sarung gelangsarKejuruteraanPetroleumPerkakas yang digunakan untuk membuka dan menutup injap sarung gelangsar, di dalam telaga. Ia diturunkan dengan menggunakan talian kabel. Dengan menggunakan perkakas ini, sarung dalam dari peranti injap sarung gelangsar dapat diturunkan atau dinaikkan. Perkakas ini akan terlepas dengan sendirinya sebaik sahaja injap telah terbuka atau tertutup sepenuhnya, dan dapat ditarik semula ke atas dengan talian kabel.
slidegelongsoran; slaid; gelangsar; gelongsor(sofbol)KesenianTiadaGelangsar: Alat untuk menyokong sesuatu bahagian untuk membolehkannya bergelongsor pada landasannya.
constrained sliding motiongerakan gelangsar terkekangMekanikGunaanGerakan gelangsar yang dibatasi oleh kekangan fizikal. Misalnya rod yang bergerak di dalam lubang salur. Lihat juga gerakan terkekang.
slide wire bridgetiti dawai gelangsarTeknikElektrikAlat untuk mengukur rintangan secara litar titi yang terdiri daripada satu papan berskala dengan dawai di tengah-tengahnya sebagai gelangsar sentuh yang mengawal rintangan cabangan litar tersebut. Perintang yang diukur dapat diketahui rintangannya apabila litar titi tersebut mencapai titik imbang. Titik ini diperoleh dengan melaraskan sentuhan meter galvani terhadap dawai titi gelangsar. Alat ini digunakan, contohnya, untuk mencari kerosakan kabel bawah tanah.
Scotch-yoke mechanismmekanisme kuk ScotchMekanikGunaanSuatu kelainan (variasi) bagi mekanisme gelangsar-engkol, iaitu mekanisme yang rod penghubungnya mempunyai panjang yang tak terhingga; maka gelangsar mekanisme ini bergerak dengan gerakan harmoni mudah. Mekanisme kuk Scotch digunakan pada mesin ujian untuk mewujudkan getaran harmonik mudah. Lihat juga mekanisme gelangsar-engkol, gerakan harmonik mudah.
four-bar one-slider pairpasangan empat batang satu gelangsarMekanikGunaanNama yang diberikan untuk mekanisme enjin mudah. Nama ini diberikan kerana rangkaian kinematik yang membentuk mekanisme tersebut terdiri daripada empat unsur, iaitu tiga pasangan pusingan dan satu pasangan gelangsar. Lihat juga rangkaian kinematik, unsur, pasangan pusingan, pasangan gelangsar, mekanisme enjin mudah.
slidinng velocityhalaju gelangsarMekanikGunaan(bagi gear) Halaju gigi gear nisbi terhadap gigi pasangannya di sepanjang tangen sepunya pada titik sentuh. halaju gelangsar maksimum berlaku pada titik sentuh yang pertama dan terakhir.
slip formacuan gelangsarKejuruteraanKejuruteraan Bangunanacuan yang digunakan dalam pembinaan struktur konkrit tetulang yang boleh dinaikkan secara tegak dan berterusan. acuan ini boleh dinaikkan di dalam sela 150 mm sejam dengan menggunakan jek-jek hidraul. acuan gelangsar juga boleh digerakkan secara mengufuk khususnya dalam pembinaan jalan konkrit.
12345678910...

Kembali ke atas