epicentre of earthquake | pusat-gempa gempa bumi | Fizik | Tiada | Tiada |
aftershock | kejutan lanjur , gegar penghujung | Geologi | Tiada | Gempa bumi yang mengiringi gempa bumi yang lebih besar atau kejutan utama, dan gempa bumi ini bermula berhampiran dengan, atau di fokus gempa bumi yang lebih besar. |
earthquake intensity | keamatan gempa bumi | Geologi | Tiada | Ukuran kesan suatu gempa bumi di tempat tertentu. Keamatan tidak hanya bergantung pada magnitud gempa bumi tetapi juga pada jarak dari gempa bumi ke epipusat dan pada geologi tempatan. |
moonquakes | gempa bulan | Matematik | Tiada | Gegaran di dalam bulan yang dapat dikesan dengan seismometer yang dipasang di bulan semasa pendaratan Apollo, walaupun gempa bulan tidak sehebat gempa bumi, dan terjadi antaranya kerana tegasan akibat tarikan graviti antara bumi dengan bulan. |
earthquake period | tempoh gempa bumi | Geografi | Tiada | Tempoh berlakunya gempa bumi. |
intermediate focus earthquake | gempa bumi fokus perantaraan | Geologi | Tiada | Gempa bumi yang fokusnya terdapat di antara kedalaman kira-kira 60 km dan 300 km. |
shallow-focus earthquake | gempa bumi fokus-cetek | Geologi | Tiada | Gempa bumi yang mempunyai fokus di kedalaman kurang daripada 70 km. |
earthquake magnitude | magnitud gempa bumi | Geologi | Tiada | Ukuran kekuatan suatu gempa bumi, atau tenaga terikan yang dibebaskannya. |
earthquake wave | gelombang gempa bumi | Geologi | Tiada | Gelombang anjal yang dihasilkan oleh gempa bumi atau yang terjana secara buatan melalui peledakan, termasuk gelombang jasad dan gelombang permukaan. |
earthquake insurance | insurans gempa bumi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans yang melindungi kerugian akibat gempa bumi sebagaimana yang ditakrifkan dalam kontrak. |