syntenic gene | gen sintenik | Biologi | Genetik | Gen-gen bukan beralel yang terletak pada pasangan kromosom yang sama. Gen-gen ini mungkin menunjukkan rangkaian genetik bergantung pada jarak yang memisahkannya. |
gene interaction | interaksi gen | Biologi | Genetik | Interaksi antara gen-gen berbeza yang terletak pada genom yang sama untuk menghasilkan fenotip tertentu. interaksi ini selalunya berlaku apabila gen-gen bukan alel berfungsi pada salah satu tapak jalan turutan tindak balas yang akan menghasilkan sebatian akhir. |
heterogenous nuclear RNA, hnRNA | RNA nukleus heterogen (hnRNA) | Biologi | Genetik | Transkrip gen-gen eukariot yang terdiri daripada RNA yang berbeza saiznya. Transkrip gen-gen eukariot stabil dan berperanan sebagai pelopor kepada sesetengah mRNA. hnRNA. |
structural gene | gen tambah | Bioteknologi | Tiada | Gen-gen yang bersaling tindak, tetapi tidak menunjukkan kedominanan sekiranya gen itu alel atau tidak menunjukkan epistasis sekiranya gen tersebut bukan alel. |
hypostasis | hipostasis | Biologi | Genetik | Saling tindakan gen yang melibatkan perlindungan atau penghalangan pengekspresian suatu gen oleh suatu gen yang bukan alelnya. Gen yang menghalang pengekspresian gen lain dikatakan gen berepistasis dan gen yang terlindung dikatakan gen berhipostasis. |
mutator gene | gen mutator | Bioteknologi | Tiada | Gen yang dapat meningkatkan kadar mutasi gen-gen lain dalam organisma yang sama. |
gene substitution | penggantian gen | Biologi | Genetik | Penggantian satu gen dengan alelnya tanpa mengubah gen-gen yang lain. |
polymeric gene | gen polimer | Bioteknologi | Tiada | Sistem gen yang terpisah secara tak bersandar antara satu sama lain. Apabila bergabung, gen-gen ini akan mempengaruhi ciri fenotip yang sama. |
negatif control | kawalan negatif | Biologi | Genetik | Pengawalaturan hasil gen yang bertindak terhadap operon dengan memberhentikan transkripsi gen-gen struktur. Misalnya, pengikat represor kepada operator yang menghentikan transkripsi. |
operon | operon | Bioteknologi | Tiada | Unit genetik yang terdiri daripada gen operator, gen represor, dan beberapa gen struktur yang mengawal pengekspresian enzim teraruh dalam sel prokariot. Unit genetik ini berperanan melalui mekanisme pengawalan yang dimainkan oleh gen operator dalam pengawalan transkripsi mRNA bagi semua protein yang dikod oleh gen struktur. Gen pengawal pula menghasilkan represor yang menghalang sintesis mRNA oleh operon dengan mengikat lokus DNA operator secara khusus. |