Keadaan apabila ubat generik menghasilkan ciri farmakokinetik dan farmakodinamik yang setara dengan ubat yang dihasilkan oleh pengeluar asal. Pembuktian biokesetaraan memerlukan kajian farmakokinetik perbandingan antara ubat asal dengan ubat generik yang melibatkan sukarelawan yang sihat. Dua ubat dikatakan mempunyai biokesetaraan apabila kedua-duanya menghasilkan nilai bioketersediaan yang mempunyai perbezaan kurang daripada 20 %. Sinonim bioekuivalens.
Thanks for clicking. That felt good.