Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.no.tip] | ݢينوتيڤ

Definisi : (génotip) (Bio) 1. komposisi ciri genetik yg menentukan struktur dan fungsi sesuatu organisma; 2. kumpulan organisma yg mempunyai komposisi genetik yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.no.tip] | ݢينوتيڤ

Definisi : /génotip/ ist 1 keseluruhan juzuk genetik sesuatu individu organisma. 2 kumpulan individu yg mempunyai juzuk genetik yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genotip


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genotypegenotipPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeseluruhan set gen dalam sel, organisma atau individu. Genotip ialah faktor utama yang menentukan fenotip organisma. Gen untuk ciri tertentu mungkin wujud dalam dua bentuk alel, dominan (AA) dan resesif (aa). Terdapat tiga genotip berkemungkinan wujud untuk ciri tertentu. Contohnya, genotip AA menggambarkan homozigot dominan, manakala genotip Aa ialah contoh dominasi heterozigot. Genotip aa ialah contoh homozigot resesif.
Punnett squaresegi empat PunnettSains ForensikTiadaKaedah yang menggunakan carta segi empat bagi mempamerkan genotip anak-anak berdasarkan genotip ibu bapa. Kaedah ini boleh digunakan untuk menjelaskan kekerapan dan gabungan genotip anak-anak khususnya dalam ujian paterniti forensik.
allograftalocantumanBiologiGenetikTisu cantuman daripada penderma dari satu genotip kepada perumah dari genotip lain, tetapi daripada spesies yang sama.
selection coefficient (s)pekali pemilihanBiologiGenetikUkuran kuantitatif ketegapan relatif sesuatu genotip berbanding dengan sesuatu genotip yang lain.
genotypegenotipSains ForensikTiadaKandungan genetik seseorang individu yang berbeza dari segi rupanya (fenotip). Genotip diungkapkan sebagai dua alel pada satu lokus tunggal. Pemprofilan DNA forensik akan menggunakan frekuensi genotip pada lokus STR yang diuji untuk mengira kebarangkalian pemadanan bagi sampel yang diuji dengan sumber DNA yang diketahui.
selectionpemilihanHerbaBotani dan BioteknologiProses biologi sama ada secara semula jadi atau buatan. Proses ini menentukan peningkatan sesuatu genotip dan mengurangkan frekuensi genotip yang lain dalam sesuatu persekitaran.
genotypic symptomssimptom genotipPertanianAgroteknologiCiri-ciri yang boleh dilihat pada sesuatu organisma hasil daripada pengaruh faktor baka (genotip) dan ciri-ciri tersebut tidak banyak berubah dalam apa juga keadaan persekitaran. Contohnya, warna dan bentuk bunga telah ditentukan oleh gen yang mempengaruhi ciri tersebut. Ciri genotip ini akan diwarisi oleh generasi yang seterusnya tanpa dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
selection pressuretekanan pemilihanPertanianAgronomi

 Kekuatan faktor persekitaran yang menolak genotip tertentu serta memberikan keutamaan pada genotip lain. Contohnya, dalam keadaan iklim yang kering, tumbuhan yang tidak boleh menyesuaikan keadaan tegasan air akan pupus, manakala tumbuhan yang toleran terhadap keadaan tersebut akan berkembang. Akhirnya, genotip yang bertahan dalam cuaca kemarau akan menjadi dominan.

background genotypegenotip latar belakangBiologiGenetikGenotip tambahan kepada lokus genetik, yang menjadi faktor penentu utama kepada fenotip yang dikaji.
genotypic-environment interactioninteraksi genotip-persekitaranBiologiGenetikKesimpulan daripada pemerhatian bahawa ekspresi fenotip genotip tertentu berbeza apabila diukur dalam keadaan persekitaran yang berbeza.
12345678910...

Kembali ke atas