DVD-ROM (digital video disk read only memory) | DVD-ROM (cakera video digital ingatan baca sahaja) | Teknologi Maklumat | Tiada | Nama lain bagi digital versatile video. Cakera padat baca sahaja yang mempunyai kapasiti yang amat tinggi, iaitu 4.7 gigabait (satu lapisan satu permukaan), 8.5 gigabait (dua lapisan satu permukaan), 9.4 gigabait (satu lapisan dua permukaan) dan 17 gigabait (dua lapisan dua permukaan). |
gigabyte(GB) | gigabait (GB) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit untuk mengukur kapasiti storan yang bersamaan dengan satu bilion atau 1 ribu MB atau 230 (1,073,741,824 bait). Giga berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud gergasi. |
gigabyte (GB) | gigabait (GB) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit pengukuran bagi storan, ingatan dan maklumat komputer yang bersaiz 1,073,741,824 (230) bait. Lihat bait. |
GB (gigabyte) | GB (gigabait) | Teknologi Maklumat | Tiada | Unit untuk mengukur kapasiti storan bersamaan dengan satu bilion bait atau 1 ribu MB atau 230 (1,073,741,824 bait). |
GB | GB | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat gigabait |
terabyte | terabait | Teknologi Maklumat | Perisian | Unit storan yang merupakan 2⁴⁰ bait, iaitu bersamaan dengan 1,099,511,627,776 bait. Satu terabait bersamaan dengan 1024 gigabait. Simbol yang digunakan ialah TB. |
byte | bait | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu kelompok 8-bit yang kandungannya boleh dicapai terus sebagai suatu entiti iaitu huruf,nombor, atau aksara khas. Bait digunakan untuk menyatakan saiz suatu storan atau ingatan. Saiz ingatan biasanya dinyatakan dalam bait(B), kilobait(KB),megabait(MB), gigabait(GB), dan terabait(TB). Jadual di bawah menunjukkan sifir bait tersebut: Unit Saiz dalam bait 1 kilobait (KB) 1,024 (210) 1 megabait(MB) 1,048,576 (220) 1 gigabait(GB) 1,073,741,824 (230) 1 terabait(TB) 1,099,511,627,776 (240) |
byte | bait | Teknologi Maklumat | Perisian | Unit storan yang mewakili nilai satu aksara. Bagi kebanyakan komputer moden, satu bait bersamaan dengan lapan bit. Muatan besar ingatan ditandakan dengan kilobait (KB), megabait (MB) dan gigabait (GB). Satu kilobait bersamaan dengan 1024 bait. |
digital video disc (DVD) | cakera video digital | Teknologi Maklumat | Tiada | Format CD-ROM dalam media storan optik yang dipertingkatkan kapasiti dan lebar jalur berbanding cakera padat. Format ini digunakan menyimpan video, data atau maklumat sehingga 17 gigabait pada sekeping CD-ROM, iaitu hampir 28 kali ganda dibandingkan dengan VCD atau CD. DVD mampu menyimpan video berkualiti tinggi dalam format MPEG-2 serta audio sehingga 133 minit. Lihat cakera optik. |
file size | saiz fail | Teknologi Maklumat | Perisian | Kapasiti sesuatu fail yang diukur dalam unit bait. Contohnya, saiz fail bagi teks lebih kecil berbanding fail yang mengandungi grafik. Unit ukuran yang biasa digunakan ialah kilobait (KB), megabait (MB) dan gigabait (GB). |