Renellia paniculata | Akar sembung, Mengkunyit, sekunyit, ginseng | Pertanian | Tiada | Tumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae ini juga dikenali sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daun tersusun bertentangan dan pucuk muda berwarna ungu. Bunganya berwarna putih dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunkan oleh wanita lepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka. |
Renellia paniculata | akar sembung | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek dalam famili Rubiaceae yang dikenali juga sebagai pokok mengkunyit, sekunyit dan ginseng. Tumbuhan ini hidup di hutan semula jadi. Akarnya berisi dan berwarna jingga. Daunnya tersusun secara bertentangan dan pucuk mudanya berwarna ungu. Bunganya berwarna putih, dan buah yang matang berwarna biru. Air rebusan akar digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci dan mengecutkan organ peranakan, meningkatkan tenaga, memanaskan badan dan merawat luka. |
health food | makanan kesihatan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Makanan atau bahan yang dirumus khas untuk tujuan kesihatan. Makanan ini dikelaskan kepada: (i) Pelengkap diet daripada sumber asli seperti ginseng, bawang putih, dan ekstrak aloe vera; (ii) nutrien individu seperti asid amino, protein ditulen, vitamin, dan garam mineral; (iii) penawar pseudosaintifik seperti enzim, lesitin, dan karnitin; (iv) makanan ditanam secara organik tanpa baja dan racun perosak sintetik; (v) makanan lengkap tanpa proses atau diproses secara minimum seperti bijirin lengkap, beras perang, dan roti mil lengkap; (iv) makanan biasa atau ekstraknya yang boleh melindungi penyakit tertentu seperti saderi, salad, dan teh herba; (vii) makanan diperkaya dengan nutrien. |
Chinese traditional medicinal system | sistem perubatan tradisional Cina | Herba | Fitokimia | Sistem penjagaan kesihatan secara tradisional yang berasaskan teori yang menegaskan bahawa semua proses dalam tubuh manusia adalah saling berkait dan sentiasa berinteraksi dengan alam persekitaran. Sistem ini berasal dari negara China tetapi telah tersebar dan diguna pakai di Asia Timur, termasuklah Jepun dan Korea. Sistem ini menggunakan kaedah rawatan seperti pengambilan ubatan herba, akupunktur dan pengurutan. Contoh ubatan Cina ialah ginseng yang dipercayai berkhasiat untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan. |