Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu] | ݢو

Definisi : 1. balak yg diletakkan di atas tengkuk sepasang lembu, igu; 2. pasang: kasut se~; 3. regu, kumpulan, rombongan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu] | ݢو

Definisi : ; cik~ panggilan bagi guru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu] | ݢو

Definisi : 1 kayu yg dipasang di atas tengkuk lembu penarik kereta atau pedati. 2 kawan atau teman utk menggenapi bilangan pemain; regu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
guguMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon. Gu berasal dari China. Gu ialah dram berbentuk tong yang mempunyai satu permukaan kulit dan dipukul dengan pemukul kayu. Lihat juga bangu, dagu.

gu zhenggu zhengMuzikTiada

 Lihat zheng.

er shi si jieling guer shi si jieling guMuzikTiada

 Lihat gendang dua puluh empat musim.

nonstrikergu pemukulPendidikanTiadaTiada
jing xijing xiMuzikTiada

 Nama Mandarin untuk opera Beijing yang muncul pada abad ke-18 dan abad ke-19 di China Utara. Terdapat dua jenis instrumentasi asas yang mengiringi opera Beijing. Pertama, alat muzik genderang seperti bo (simbal), luo (gong) dan gu (dram) yang dikategorikan sebagai ensem­bel militari. Kedua, alat muzik tali huqin, yueh qin dan pipa yang dikategorikan sebagai ensembel sivil. Opera Beijing dipersembahkan dalam bahasa Mandarin. Jing xi bermaksud rama-rama ibu kota. Sinonim ching hsi, opera Beijing. Lihat juga opera Cina.

ya yueya yueMuzikTiada

Muzik upacara di istana China yang wujud sejak abad ke-3 sebelum Masihi. Alat muzik yang mengiringi ya yue termasuk pien chung (loceng gangsa) dan pien ching (batu), di (flut), sheng (organ mulut), zheng (ziter) dan gu (dram). Muzik ini masih dipersembahkan dalam upacara Confucius di Taiwan. Sinonim ya yueh.

gendang dua puluh empat musimgendang dua puluh empat musimMuzikTiada

 Sejenis ensembel masyarakat Cina Malaysia yang terdiri daripada 24 gendang besar atau shigu. Ensembel ini dipentaskan pertama kali di Johor Bahru pada tahun 1988. Setiap corak rentak muzik yang dimainkan menggambarkan suasana atau pergerakan petani pada setiap musim seperti musim membajak tanah, menyemai, dan menuai atau membanting padi. Si­nonim er shi sijieling gu.


Kembali ke atas