Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ga.tan] | ݢوݢتن

Definisi : dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dysfunctional conflictkonflik gugatanPengurusanPerancanganPertikaian atau pertelingkahan tidak sihat yang berlaku antara kumpulan atau individu sehingga mengakibatkan kesan negatif yang boleh membawa kepada kemusnahan atau kelumpuhan organisasi. Antara punca berlakunya konflik gugatan ialah sikap ego para pekerja yang saling bersaing mencapai kepentingan peribadi sehingga membawa kepada masalah komunikasi dan menjejaskan prestasi organisasi. Kegagalan untuk mengatasi konflik gugatan boleh menjadi punca stres sehingga mengakibatkan lesu upaya (burnout) dalam kalangan pekerja. Konflik gugatan boleh berlaku apabila wujud terlalu banyak pertelingkahan dalam organisasi. Sinonim konflik musnahan.
narcotizing dysfunctiongugatan kelalianKomunikasiTiadaKesan yang timbul daripada pendedahan secara berlebihan di dalam media massa. Contohnya, pendedahan yang berlebihan terhadap cerita-cerita ganas akan menyebabkan masyarakat tidak lagi prihatin terhadap perkara tersebut.
dysfunctional communicationkomunikasi gugatanKomunikasiTiadaKomunikasi yang gagal mencapai matlamat yang ingin disampaikan dan hanya menimbulkan kesan bidas yang meruntuhkan kepercayaan penerima terhadap penyampai.
destructive conflictkonflik musnahanPengurusanPerancanganLihat konflik gugatan.

Kembali ke atas