applied mechanics | mekanik gunaan | Mekanik | Gunaan | Ilmu mekanik yang melibatkan analisis tindakan daya terhadap masalah amalan. |
datum | datum | Mekanik | Gunaan | Sesuatu parameter, kuantiti atau entiti fizikal yang digunakan sebagai rujukan untuk perbandingan. Dalam ilmu mekanik gunaan asas, datum yang sering digunakan ialah garis atau satah mengufuk yang diambil sebagai rujukan untuk kedudukan dalam menghitung tenaga upaya. Datum itu dipilih secara sebarangan dan berpadanan dengan aras tempat tenaga upaya ditakrif sebagai sifar. |
structure | struktur | Mekanik | Gunaan | Sebarang sistem anggota tersambung yang dibina untuk menyokong atau memindahkan daya. Struktur yang utama dalam analisis mekanik gunaan ialah kekuda, kerangka dan mesin. |
rigid body analysis | analisis jasad tegar | Mekanik | Gunaan | Analisis yang memerihalkan gerakan keseluruhan bagi jasad dengan mengabaikan sebarang perubahbentukan atau gerakan zarah pada jasad itu. Mekanik gunaan terlibat dengan analisis jasad tegar semata-mata. |
ideal system | sistem unggul | Mekanik | Gunaan | Sistem (jasad) yang terbentuk daripada dua atau lebih jasad tegar yang terhubung oleh sambungan tak bergeseran yang tidak berupaya menyerap tenaga melalui proses pemanjangan atau pemampatan. Dalam ilmu mekanik gunaan,banyak sistem boleh diandaikan sebagai unttul untuk tujuan analisis. |
dashpot | dasypot | Mekanik | Gunaan | Alat yang dibentuk oleh sistem omboh dan silinder yang mengandungi cecair likat, dengan gerakan omboh di dalam silinder itu dirintangi oleh cecair tersebut melalui kelikatannya. Alat ini digunakan untuk menghasilkan perubahan kedudukan secara perlahan-lahan pada sesuatu mekanisme. Dalam mekanik gunaan, dasypot digunakan sebagai model bagi perendam getaran likat. Sinonim pasu rempuh. |
deformable body | jasad boleh ubah bentuk | Mekanik | Gunaan | Jasad yang unsur-unsur jirimnya (atau zarah yang membentuknya) mengalami perubahan jarak di antarasatu dengan yang lain apabila ditindak oleh sistem daya umum. Perubahan jarak tersebut mempunyai kesan terhadap analisis ilmu mekanik. Dalam ilmu mekanik gunaan, jasad boleh ubah bentuk yang terlibat hanyalah pegas sahaja. Lihat juga jasad tegar. |
screw thread | ulir skru | Mekanik | Gunaan | Batas yang berkeratan seragam dan berbentuk heliks pada permukaan luar atas permukaan dalam silinder. Ulir diperoleh dengan memotong alur berbentuk heliks pada permukaan silinder atau lubang bulat. Ulir terdiri daripada pelbagai bentuk, misalnya ulir segi empat sama, ulir-V, ulir trapezoid dan sebagainya. Dalam analisis mekanik gunaan, skru yang dianalisis merupakan skru yang digunakan untuk menyokong dan menggerakkan beban paksi; skru ini biasanya berulir segi empat sama. Apabila sesuatu skru, misalnya skru pada bicu skru, menyokong bebannya, sentuhan di antara skru itu dengan kaki yang menahannya berlaku di sepanjang sebahagian daripada ulir skru dan ulir pada kaki tersebut. Ulir pada kaki bicu skru yang terlibat dengan sentuhan itu boleh dirombak secara khayali untuk membentuk satah condong kiasan yang mempunyai dimensi yang berpadanan dengan dimensi ulir berkenaan untuk tujuan analisis mekanik. Lihat juga skru. |
dot product | hasil darab bintik | Mekanik | Gunaan | Kuantiti skalar yang diperoleh dengan mendarab dua vektor A dan B berdasarkan takrif, A . B = AB kos θ dengan θ sebagai sudut tirus di antara dua vektor itu. Hasil darab ini boleh dilihat sebagai magnitud A didarab dengan magnitus kompnen B di arah A, ataupun sebagai magnitud B didarab dengan magnitud komponen A di arah B. Dalam mekanik gunaan, hasil darab bintik mempunyai beberpa kegunaan. Dua kegunaannya yang utama ialah untuk melerai vektor 9misalnya untuk melerai vektor V pada arah paksi-x yang arah positifnya diperihalkan oleh vektor unit i, (Vx = V . i) dan untuk menghitung kerja U yang dilakukan oleh daya F apabila daya itu tersesar dengan sesaran ds (U = F . ds). Hasil darab bintik ini juga dinamai hasil darab skalar. |
Mohr’s circle | bulatan Mohr | Mekanik | Gunaan | Gambaran grafik bagi hubungan di antara momen sifatekun luas dengan hasil darab sifatekun apabila berlaku pemutaran paksi. Bulatan ini dilukis pada satah (I, Ixy), dengan I sebagai momen sifatekun dan Ixy sebagai hasil darab sifatekun). Gambarajah yang diperoleh membolehkan nilai I dan Ixy ditentukan bagi sesuatu condongan q yang dialami oleh paksi berkenaan. Bulatan Mohr digunakan juga untuk menggambarkan parameter lain yang mempunyai hubungan yang serupa seperti hubungan di antara I dengan Ixy tetapi dalam mekanik gunaan, bulatan Mohr membawa maksud ‘bulatan mohr bagi sifatekun’. |