desert | gurun | Geografi | Tiada | Kawasan gersang yang hanya dapat menampung populasi organisma gurun sahaja. Ada empat jenis gurun, iaitu gurun ais kutub dan salji, gurun garis lintang tengah, gurun angin dagang, dan gurun pantai. |
desert | gurun | Biologi | Ekologi | Kawasan gersang yang hanya dapat menampung populasi organisma gurun sahaja. Ada empat jenis gurun, iaitu gurun ais kutub dan salji, gurun garis lintang tengah, gurun angin dagang, dan gurun pantai. |
cold-water desert | gurun air sejuk | Geografi | Tiada | Kawasan-kawasan barat pinggir laut gurun-gurun panas yang menerima laruan air sejuk yang berkait dengan arus-arus lautan sejuk menghala ke khatulistiwa. |
arid belt | kawasan gersang | Geografi | Tiada | Kawasan kering meliputi gurun-gurun utama bumi di mana kekurangan hujan dan keamatan sejatan telah menghadkan tumbuh tumbuhan. |
midlatitude desert | gurun latitud tengah | Geografi | Tiada | Kawasan gurun seperti Gurun Gobi yang terletak di kawasan latitud tengah. |
desert belt | jaluran gurun | Geografi | Tiada | Kawasan gurun utama bumi yang meliputi jaluran gurun panas Sahara dan Arab. |
coastal desert | gurun pantai | Biologi | Ekologi | Gurun yang menerima arus sejuk di pantai barat. Misalnya, gurun di Peru. |
tradewind desert | gurun angin dagang | Biologi | Ekologi | Gurun yang menerima hujan yang sangat sedikit dengan julat suhu harian yang sangat besar. Misalnya, gurun Sahara. |
middle latitute desert | gurun garis lintang tengah | Biologi | Ekologi | Gurun yang menerima hujan yang sedikit dengan suhu musim panas yang sangat tinggi. Misalnya, gurun Gobi. |
trade-wind desert | gurun angin pasat | Sains | Hidrometeorologi | 1. Kawasan yang mempunyai curahan hujan yang amat sedikit dan bersuhu tinggi yang terdapat di kawasan angin pasat atau angin yang setara dengannya (seperti harmattan) bertiup didataran. Contoh yang terbaik ialah gurun Sahara dan gurun Kalahari. Angin pasat yang bertiup dari latitud lebih tinggi sangat kering. Kawasan ini hampir tidak berawan langsung di kawasan gurun. 2. Pantai gersang yang menyempadani laut sejuk di persisir barat Amerika Utara dan Amerika Selatan dan Afrika. |