airborne dust | habuk bawaan udara | Kejuruteraan | Tiada | Habuk yang biasanya kurang daripada 10 mikron dan lambat terenap. |
dust screen | tabir habuk | Kesenian | Tiada | Tabir untuk menghalang habuk daripada memasuki sesuatu ruang atau bahagian. |
dust collecting coating | salutan kumpul habuk | Kesenian | Tiada | Salutan yang membolehkan habuk melekat padanya dengan mudah. |
stone dust barrier | adang habuk batu | Kejuruteraan | Tiada | Bekas yang diisi dengan habuk batu yang diletakkan pada tempat tertentu di dalam laluan lombong bawah tanah, untuk mengawal letupan. |
sawdust | habuk papan | Pertanian | Agronomi | Bahan atau serbuk halus yang dihasilkan apabila papan digergaji dan diproses. Habuk papan digunakan sebagai medium untuk penanaman cendawan atau sungkupan. |
dutch oven | ketuhar habuk kayu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ketuhar berbentuk kotak dan digunakan untuk membakar habuk gergaji dan sisa kilang papan yang lain. |
raker tooth | gigi penguis habuk gergaji | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Gigi gergaji yang mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeza daripada gigi pemotong, dan direka bentuk untuk mengeluarkan habuk gergaji daripada ruang gergajian. |
disk cover | tudung cakera | Komputer | Tiada | 1. Penutup pada pek cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. 2. Penutup pada bekas cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. |
sandpaper | kertas pelas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kepingan kertas tebal yang kuat dan mengandungi habuk kaca pada sebelah permukaannya. Kertas pelas digunakan untuk menghilangkan tanda calar dan melicinkan permukaan kayu. Kertas pelas ini dikelaskan mengikut profil permukaan yang berbeza-beza berdasarkan saiz dan kepadatan habuk kaca. Misalnya, nombor 00 menandakan permukaan paling halus, dan nombor 3 ialah permukaan paling kasar. |
sawdust | habuk gergaji | Fizik | Tiada | Tiada |