Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absolute majoritymajoriti mutlakUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJumlah yang melebihi 50 peratus daripada keseluruhan undi. Contohnya, jumlah undi melebihi 50 peratus daripada keseluruhan yang layak mengundi, termasuk yang tidak hadir dan yang hadir tetapi tidak mengundi. Dalam undang-undang antarabangsa, konsep ini terpakai dalam perlembagaan negara Greek yang menetapkan bahawa negara berkenaan boleh meluluskan undang-undang yang mengehadkan kedaulatannya dengan majoriti mutlak daripada keseluruhan jumlah anggota Parlimen.
المكاتبةmukātabatAgama IslamHadithSeorang guru menulis Ḥadīth atau menyuruh orang lain menulis sebahagian Ḥadīthnya untuk diberikan kepada seorang murid yang hadir bersamanya atau yang tidak hadir bersamanya dan ia menghantar tulisan itu kepadanya melalui seorang thiqat.
nucleotidenukleotidaSains ForensikTiadaUnit molekul asas asid nukleik yang terdiri daripada bes purina atau pirimidina, gula pentosa (ribosa atau deoksiribosa) dan fosfat. Sekiranya kumpulan gula yang hadir ialah ribosa, unit molekul ini dikenali sebagai ribonukleotida. Apabila kumpulan gula yang hadir ialah deoksiribosa, unit molekul ini dikenali pula sebagai deoksinukleotida. Dalam sains forensik, nukleotida merujuk kepada unit molekul suatu jujukan DNA dalam pengujian DNA forensik berdasarkan pembezaan unit ulangan. Unit ulangan pendek boleh mempunyai pengulangan unit yang terdiri daripada 2-7 nukleotida. Contoh pengulangan 4 nukleotida (tetranukleotida) ialah (AGAT)n pada lokus CSFIPO, iaitu suatu penanda genetik forensik DNA yang terletak pada kromosom 5.
in absentiahadir (an)PentadbiranTiadaTiada
absenttak hadirPentadbiranPengurusanTiada
in absentiahadir (an)SejarahTiadaTiada
attendance timemasa hadirKejuruteraanTiadaTiada
attendance bonusbonus hadirPentadbiranTiadaTiada
absenteeyang tak hadirPentadbiranPengurusanTiada
attendance moneybayaran hadirEkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas