hadrah | hadrah | Muzik | Tiada | Tarian dan muzik yang berkaitan dengan nyanyian zikir. Nyanyian ini berbentuk puisi yang memuji Nabi Muhammad SAW. Persembahan biasanya melibatkan nyanyian 8-12 fasal daripada Kitab Zikir. Gaya nyanyian secara bersahut-sahutan antara dua kumpulan korus. Di Perlis, ensembel ini dikenali sebagai hadrah, sementara di Terengganu, dikenali sebagai rodat. Ensembel hadrah terdiri daripada beberapa buah rebana yang dikenali sebagai gendang hadrah. Ensembel rodat pula terdiri daripada tar rodat, iaitu rebana kercing. Ensembel ini dimainkan dalam majlis keramaian. Sinonim rodat. |
rebana hadrah | rebana hadrah | Muzik | Tiada | 1. Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram yang berbingkai. Dram berbingkai yang serupa dengan rebana bersaiz sederhana dan besar. Rebana hadrah dimainkan dalam orkestra teater hadrah di pantai barat dan utara Semenanjung Malaysia. Lihat juga rebana.
|
tar | tar | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Tar berasal dari Timur Tengah dan di-bawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab. Alat muzik ini menyerupai alat muzik rebana hadrah yang juga dikenali sebagai rebana kercing di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tar dimainkan dalam ensembel bagi mengiringi teater rodat di Terengganu. Lihat juga rebana hadrah. |
transvestite | transvestit | Kesenian | Drama dan Teater | Gelaran yang diberikan kepada pelakon lelaki yang memakai kostum dan memainkan peranan wanita. Kewujudan watak tranvestit merupakan satu unsur daya tarikan dalam seni persembahan tradisional Melayu. Contohnya, dalam tradisi permainan muzik ghazal, sesuatu persembahan ghazal hanya lengkap dengan penampilan peranan tranvestit yang menari untuk memeriahkan suasana. Begitu juga dengan permainan hadrah noge yang permainannya menjadi lebih meriah dengan penampilan beberapa orang penari tranvestit yang sedang dikacau atau dirasuk oleh seorang penari lelaki. |
rebana kercing | rebana kercing | Muzik | Tiada | Lihat rebana hadrah. |
rodat | rodat | Muzik | Tiada | Lihat hadrah. |
chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut. |