حل الإستمتاع | halal bercumbuan | Agama Islam | Fiqh | Dihalalkan suami isteri untuk bercumbu-cumbuan dan melakukan persetubuhan. |
حل البضع | halal jimak (persetubuhan) | Agama Islam | Fiqh | Dihalalkan suami menyetubuhi isterinya selepas akad yang sah. |
asset | aset | Ekonomi | Ekonomi Islam | Benda halal dan bernilai yang dimiliki serta boleh dipindah milik oleh individu, firma dan ejen lain dalam ekonomi. Aset terbahagi kepada dua jenis, iaitu aset benar seperti rumah, tanah dan bangunan, dan aset kewangan seperti wang dan sukuk. Benda yang diharamkan oleh syariah seperti arak, bangkai dan wang riba tidak dianggap aset dalam Islam tetapi masih dianggap sebagai aset bagi orang bukan Islam. |
work ethics | etika kerja | Ekonomi | Tiada | Nilai-nilai baik dalam menjalankan kerja seharian antara satu sama lain untuk mendapatkan pendapatan yang halal dan meningkatkan pengeluaran. |
syariah noncompliance company | syarikat tak patuh syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarikat yang aktivitinya tidak mematuhi kriteria syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majilis Penasihat Syariah (MPS). Syarikat berkenaan terlibat dengan unsur yang haram seperti perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba, perjudian, penjualan barang yang tidak halal, insurans konvensional dan hiburan yang tidak selaras dengan syarak. Sekiranya terdapat urusan yang bercampur antara aktiviti halal dengan aktiviti haram, maka penentuan status tidak patuh syariah akan berdasarkan kepada ukur rujuk percampuran. Keadaan ini menyebabkan syarikat tak patuh syariah dikeluarkan daripada senarai syarikat dalam Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI). |
25% based measurement | ukur rujuk 25 peratus | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sumbangan pendapatan syarikat sebanyak 25% yang dijana daripada aktiviti yang boleh menjejaskan status syariah. Aktiviti utama syarikat adalah jelas halal tetapi terlibat dengan aktiviti sampingan yang haram. Kedua-dua aktiviti sukar dipisahkan. Contohnya, aktiviti pengendalian hotel yang menyediakan minuman keras dan perniagaan saham yang mengurusniagakan saham syaikat yang tidak patuh syariah. |
Islamic interbank cheque clearing system | sistem penjelasan cek antara bank secara Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sistem yang membolehkan pelunasan cek antara institusi kewangan dan cek tersebut mestilah bersumberkan daripada kegiatan yang halal. Kegiatan ini akan mewujudkan bank penghubung. Amaun bagi cek yang telah dilunaskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima, manakala akaun bank pengeluar akan didebitkan. Kedua-dua akaun ini wujud di Bank Negara Malaysia. Akaun ini akan digunakan oleh bank untuk melakukan aktiviti pasaran wang Islam antara Bank. |
overlapping market | khalayak bertindan | Komunikasi | Korporat | Khalayak atau pengguna sasaran yang terdedah kepada pasaran atau mesej mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan secara bertindih atau berulang-ulang. Mesej atau pasaran perkhidmatan boleh disampaikan melalui media atau syarikat yang sama, atau media dan syarikat yang pelbagai. Contohnya, penyampaian mesej mengenai krisis kepercayaan terhadap barangan berlabel halal. Mesej ini disampaikan oleh syarikat pengeluar barangan halal untuk khalayak Islam yang disalurkan melalui media cetak. Kemudian mesej ini juga turut disalurkan oleh media elektronik kepada khalayak yang sama. Contoh seterusnya, suatu kawasan khalayak yang telah mendapat liputan perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi, kemudian turun mendapat liputan perkhidmatan yang sama daripada syarikat telekomunikasi lain. |
pawned item/pawned goods | barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Barang yang dijadikan cagaran untuk mendapatkan hutang. Barang ini merupakan jaminan pelunasan bagi hutang yang tidak dapat dibayar setelah tamat tempoh. Menurut syarak, barang gadaian mestilah terdiri daripada jenis harta bernilai, bermanfaat, halal, boleh dipegang, boleh disampaikan dan tahan lama. Barang gadaian akan dipegang oleh pegadai dan penggadai pula akan membayar upah simpan barang gadaian. Nilai barang gadaian akan menentukan jumlah hutang yang layak diperoleh dan nilainya mestilah melebihi nilai hutang untuk memastikan penggadai mampu melunaskan hutang tersebut. Contoh barang gadaian yang digunakan di Malaysia ialah emas. |
captive market | pasaran terbolot | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pasaran yang menyebabkan pelanggan tidak mempunyai pilihan lain untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan. Keadaan ini berlaku kerana faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan seperti penawaran yang terhad atau komitmen, ideologi dan agama pelanggan. Contohnya, pasaran kewangan Islam dan pasaran barang halal merupakan pasaran terbolot bagi pelanggan Islam yang komited dengan syariah. Walaupun wujud keadaan yang kurang kompetitif dalam pasaran ini, pasaran kewangan Islam masih boleh bertahan kerana adanya sokongan berterusan daripada pelanggan yang komited. |