magico-religious rule | aturan-agama magis | Kesusasteraan | Tiada | Aturan keagamaan yang berbentuk ghaib. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah boleh bertukar bentuk menjadi harimau ketika menentang penjurit Majapahit. |
wira | wira | Kesusasteraan | Tiada | Pelaku Ielaki yang menjadi tumpuan dalam sesebuah karya sastera klasik dan memiliki kesaktian. Contoh watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah. |
heroic legends | legenda wiraan | Kesusasteraan | Tiada | Kisah kepahlawanan seseorang tokoh yang diceritakan secara berlebih-lebihan walaupun ada kesahihannya dari segi sejarah. Contoh: Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Badang dalam Sejarah Melayu. |
motifeme | motifem | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian atau rangka-rangka kecil yang terdapat dalam sebuah cerita yang kesemuanya mempunyai fungsi yang berkaitan. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, permaisuri Raden Mas Ayu mengidam minum air kelapa gading yang batangnya genting di tengah dan Hang Tuah berjaya mendapatkannya. Di sini terdapat dua motifem: 1. Peristiwa mengidam 2. Kejayaan Hang Tuah mendapatkan kelapa tersebut. |
ellips | tanggalan/elips | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian yang dihilangkan secara gramatikal dalam sesebuah naskhah mungkin penting, tetapi tidak penting untuk kejelasan erti. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah nama Laksamana Hang Tuah gelarannya hanya dapat diganti dengan perkataan Laksamana sahaja. |
version | versi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk atau kelompok cerita yang sama atau sejenis tetapi berbeza dengan bentuk dan kelompok cerita yang lain walaupun berasal dari satu cerita yang sama. Contoh: Sejarah Melayu ada versi yang menyebut pertikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat dan ada pula versi yang lain menyebut pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Kasturi. |
anoniem/anonymus | awanama | Kesusasteraan | Tiada | Sesuatu karya yang tidak dikenali nama pengarangnya. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Hikayat Seri Rama dll. |
chet d'oeuvre | karyatama | Kesusasteraan | Tiada | Karya agung yang dianggap menggambarkan peradaban sesuatu bangsa. Contoh: bangsa melayu dengan Hikayat Hang Tuah dan Jawa dengan Kakawin Negarakartagama. |
antiquities | karya kuno | Kesusasteraan | Tiada | Hasil karya warisan sesuatu bangsa yang telah lama tetapi masih dianggap berguna. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Pararaton, Syair Ken Tambunan. |
climax | puncak | Kesusasteraan | Puisi | Unsur ketegangan atau kerumitan yang terdapat pada puisi� puisi yang mencitrakan sesuatu kisah. Contohnya, "Syair Siti Zubaidah" dan "Balada Hang Tuah" karya Amir Hamzah. Sinonim klimaks . |