calendar | kalendar | Perpustakaan | Tiada | 1. Satu takwim yang menunjukkan senarai hari, bulan, hari suci, hari kebesaran, dan lain-lain dalam setahun.,2. Satu senarai dokumen tentang pengarang, subjek, siri, kelas, atau lain-lain dalam sesuatu koleksi yang diberikan tarikh berserta catatan mengenainya yang disusun secara kronologi. |
prevailing wind direction | arah angin lazim | Sains | Hidrometeorologi | Arah angin yang paling kerap dicerap dalam tempoh tertentu. Tempoh yang paling kerap digunakan ialah hari, bulan, musim dan tahun. Kaedah penentuan yang digunakan adalah daripada pengiraan mudah cerapan bertempoh kepada pengiraan rajah mawar angin. |
prevailing wind | angin lazim | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang paling kerap dicerap pada arah dan tempoh tertentu. Tempoh yang paling kerap digunakan ialah hari, bulan, musim, dan tahun. Kaedah penentuan yang digunakan adalah daripada pengiraan mudah cerapan bertempoh kepada pengiraan rajah mawar angin. Juga disebut arah angin lazim. |
precipitation | kerpasan | Sains | Hidrometeorologi | 1. Cecair atau pepejal, hasil pemeluwapan wap air, yang jatuh dari awan atau dimendapkan dari udara ke atas bumi. 2. Banyaknya kerpasan yang turun di permukaan bumi dalam satu hari, bulan atau tahun dan masing-masing disebut kerpasan harian, bulanan atau tahunan. |
precipitation | kerpasan | Hidrologi | Tiada | (1) Cecair atau pepejal, hasil pemeluapan wap air, yang jatuh dari awan atau dimendapkan dari udara ke atas bumi. (2) Banyaknya kerpasan (seperti yang didefinisikan di (1)) yang turun di permukaan mendatar dalam satu hari, bulan atau tahun dan dinamakan kerpasan harian, bulanan atau tahunan. (CID). |
perigee | perigi | Kejuruteraan | Tiada | 1. Titik pada orbit penerbangan bebas berbentuk elips yang berada paling dekat dengan pusat bumi.,2. Jarak minimum dari pusat bumi yang dialami satelit yang beredar pada laluan berbentuk elips.,3. Keadaan yang dialami mata hari, bulan atau satelit buatan apabila ia berada paling hampir dengan bumi. |
synodic month | bulan sinod/bulan qamari | Matematik | Tiada | Tempoh masa yang diperlukan oleh bulan untuk melengkapkan semua fasanya, atau selang masa antara dua bulan yang berturutan, iaitu 29.5306 hari. |
degree-day | darjah hari | Sains | Hidrometeorologi | Perbezaan algebra antara suhu min hari tertentu dan suhu rujukan yang dinyatakan dalam darjah. Bagi tempoh tertentu (bulan, tahun), darjah hari diertikan sebagai jumlah algebra darjah hari bagi hari yang berlainan dalam tempoh tersebut. |
Metonic cycle | kitar Meton | Matematik | Tiada | Tempoh masa selama 235 bulan qamari, atau 19 tahun 11 hari, selepas tempoh ini fasa bulan berlaku pada hari yang sama bulan tersebut. |
Julian calendar | takwim Julius | Matematik | Tiada | Takwim yang digantikan dengan takwim Gregory. Takwim ini mempunyai 365.25 hari setahun dan pecahannya itulah yang menyebabkan wujud tahun kabisat setiap empat tahun sekali, dan dibahagikan kepada 12 bulan dan setiap bulan mempunyai 30 atau 31 hari kecuali bulan Februari 28 hari, dan pada setiap kabisat 29 hari. |