lacustrine fish | ikan lakustrin | Perikanan | Tiada | Ikan yang mendiami kawasan air yang tidak mengalir seperti kolam dan tasik. Contohnya, ikan kaloi, haruan dan sepat. Sinonim ikan tasik. |
carnivore | karnivor | Perikanan | Tiada | Haiwan yang memakan haiwan lain untuk hidup. Haiwan ini biasanya mempunyai gigi yang tajam dan usus yang pendek. Contohnya, ikan toman, haruan dan yu. |
life bait | umpan hidup | Perikanan | Tiada | Sebarang umpan semula jadi yang masih hidup seperti cacing, berenga atau ikan kecil yang digunakan untuk memancing. Umpan ini biasanya digunakan untuk menangkap ikan pemangsa seperti ikan toman, haruan dan siakap. |
ambushing predators | pemangsa hendap | Perikanan | Tiada | Ikan yang mempunyai tabiat menyamar atau bersembunyi di sebalik kayu, batu atau pasir untuk mengelakkannya daripada dikenali dan dilihat oleh mangsa. Pemangsa hendap menangkap mangsa dengan sepantas kilat. Contohnya, ikan kerapu, haruan, toman dan depu. |
wortmalerei | wortmalerei | Muzik | Tiada | Teknik gubahan muzik yang penting semasa Zaman Pembaharuan dan Zaman Barok. Wortmalerei ialah kaedah penjelasan teks, perkataan dan kalimat puisi dalam muzik vokal melalui elemen muzik seperti pic, ritma, tekstur, harmoni, tonaliti dan dinamik. |
backwater | air buri | Perikanan | Tiada | Kawasan air yang kurang mengalir dan terpencil dari bahagian sungai utama. Kawasan ini bersifat eutrofik (mengandungi lebih banyak zat makanan terlarut yang diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan akuatik seperti alga) dan hanya didiami oleh ikan tertentu yang tahan pada tahap oksigen terlarut yang rendah. Kawasan ini juga sering menjadi tumpuan pemancing kerana mempunyai banyak ikan. Antara ikan yang hidup di kawasan ini ialah haruan, sepat, puyu dan keli. |