renewal planting/replanting | penanaman semula | Pertanian | Agronomi | Penanaman baru yang dilakukan setelah tanaman saka seperti getah dan kelapa sawit mencapai umur yang hasilnya tidak begitu ekonomik untuk dituai. Pokok di kawasan tersebut akan ditebang dan diganti dengan tanaman baru. Bagi tanaman semusim seperti padi dan jagung, penanaman semula dilakukan setiap kali hasilnya telah dituai. |
silent allele | alel senyap | Biologi | Genetik | Alel yang hasilnya tidak dapat dikesan. |
true stitch | jahit luar dalam | Kesenian | Tiada | Jahit sulam yang hasilnya sama di sebelah luar dan dalam fabrik. |
annual crop | tanaman semusim | Veterinar | Tiada | Tanaman yang ditanam dan hasilnya diperoleh dalam musim yang sama. Jenis tanaman seperti ini perlu ditanam semula untuk mendapatkan hasil yang seterusnya. Contohnya, tanaman jagung, kacang soya, padi dan gandum. |
balanced budget | belanjawan terimbang | Ekonomi | Tiada | Belanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya sama dengan jumlah perbelanjaannya bagi sesuatu jangka masa biasanya bagi satu tahun fiskal. Keadaan ini merupakan suatu yang unggul dan menjadi asas kepada dasar fiskal yang teguh serta dapat mengekalkan kepercayaan perniagaan. |
surplus budget | belanjawan lebihan | Ekonomi | Tiada | Dasar belanjawan kerajaan yang jumlah hasilnya melebihi jumlah perbelanjaan bagi satu tahun fiskal. Belanjawan ini mungkin dicapai dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan atau menaikkan cukai, atau kedua-duanya sekali. |
biologicals | bahan biologi | Perubatan | Tiada | Sediaan ubat daripada organisma hidup dan hasil-hasilnya, seperti serum, vaksin, antigen, dan antitoksin. |
scalar multiplication | pendaraban skalar | Matematik | Tiada | Proses mendarab sesuatu vektor dengan skalar, hasilnya satu vektor juga. Misalnya, diberi vektor baris v = (1, -2, 3), hasil mendarab vektor v dengan skalar 4 ialah 4v = 4(1, -2, 3) = (4, -8, 12). |
black heart | teras hitam | Biologi | Patologi | Rancu pada bermacam-macam jenis tanaman atau hasilnya. Sebagai contoh, teras hitam pada buah nanas akibat disimpan di dalam suhu yang rendah. Apabila dibelah, bahagian tengah buah nanas tersebut kelihatan gelap. |
chain reaction | tindak balas berantai | Perubatan | Tiada | Urutan tindak balas nukleus yang salah satu hasilnya boleh menyebabkan tindak balas yang sama berlaku ke atas nukleus lain. |