good faith | suci hati | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Prinsip yang berdasarkan kepada keadilan alami dan digunakan dalam semua sistem perundangan. Suci hati ialah salah satu prinsip am undang-undang yang merupakan satu sumber undang-undang antarabangsa. Contohnya, sesebuah negara hendaklah melaksanakan triti yang disertainya dengan suci hati. |
good faith | suci hati | Ekonomi | Tiada | Tiada |
good faith | suci hati | Undang-undang | Tiada | Tiada |
principle of upmost good faith | prinsip paling suci hati | Undang-undang | Tiada | Tiada |
pacta sunt servanda | pacta sunt servanda | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Prinsip yang menyatakan bahawa perjanjian atau triti yang diasaskan atas persetujuan pihak-pihak yang mengikat perjanjian perlu dilaksanakan dengan suci hati. Sekiranya satu pihak melanggar perjanjian tersebut, maka pihak berkenaan perlu bertanggungjawab. Dalam hal ini, pihak lain boleh membuat tuntutan terhadap pihak yang melakukan perlanggaran tersebut. Prinsip pacta sunt servanda merupakan sebab yang menjadikan triti sebagai suatu sumber perundangan yang mengikat dalam undang-undang antarabangsa. Istilah ini berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud �janji hendaklah ditepati�. |
general principles of law | prinsip am undang-undang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Salah satu sumber undang-undang antarabangsa yang terdiri daripada prinsip perundangan yang terdapat dalam semua atau hampir semua sistem perundangan nasional. Prinsip perundangan nasional ini diterima setakat yang boleh dipakai dalam hubungan antarabangsa. Pemakaian prinsip am ini penting bagi mengisi kekosongan dalam undangundang perjanjian antarabangsa dan undang-undang adat antarabangsa. Contohnya, prinsip ekuiti dan suci hati. |
Bhakti poetry | puisi Bhakti | Kesusasteraan | Tiada | Puisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada o |