Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.bur] | هيبور

Definisi : ; menghibur menyenangkan atau me­ng­girangkan hati: cerita sedih atau tragedi juga ~ dgn caranya sendiri; berhibur, berhibur-hibur berbuat sesuatu utk menghiburkan (menyenangkan) hati: kurangnya kemahuan utk mengikis sikap suka ~; menghiburkan menyenangkan, menggi­rang­­kan, melipurkan: yg boleh ~ hatinya ialah kekanda dan adindanya sahaja; muzik ~ hati, lebih-lebih lagi setelah penat memeras otak; terhibur menjadi senang (girang, gembira) hati, terlipur hatinya: setelah Sira Panji bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya; hiburan sesuatu (perbuatan, benda, dll) utk menghiburkan (menyenangkan, menente­ram­­­kan) hati: mudah-mudahan cerita ini dapat menjadi ~ kpd sekalian pembaca; taman ~ tempat menghiburkan hati; penghiburan hal menghibur(kan); penghibur 1. sesuatu yg boleh menghiburkan hati, pelipur; 2. orang (spt penyanyi, pelawak, dsb) yg kerjanya menghiburkan orang ramai, pelipur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.bur] | هيبور

Definisi : ; berhibur berbuat sesuatu utk menggembirakan hati: Dia pergi ~ utk menghilangkan rasa sedihnya. menghibur menyukakan atau menggembirakan hati; melipur: Dayang-dayang bernyanyi dan menari utk ~ hati tuan puteri yg sedang berdukacita. terhibur menjadi gembira atau suka hati; terlipur (hatinya): Setelah bertemu dgn saudaranya, maka ~lah sedikit hatinya. hiburan se­suatu yg dpt menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati: Membaca buku-buku syair atau mendengar orang membaca syair menjadi suatu ~ kpd nenek moyang kita pd zaman dahulu. penghiburan hal atau perbuatan menghibur. penghibur orang atau sesuatu yg menghibur hati; pelipur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hibur
Kata Terbitan : berhibur, menghiburkan, terhibur, hiburan, penghibur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buskhibur jalananMuzikTiadaTiada
work-playhibur-kerjaSosiologiTiadaTiada
edutainmentdidik hiburTeknologi MaklumatTiadaSejenis hiburan multimedia yang mendidik.
edutainmentdidik hiburUmumTiadaTiada
infotainmentmaklumat hiburUmumTiadaTiada
agrotaimentagrohibur/hibur taniUmumTiadaKaedah mempromosikan produk hasil pertanian atau perniagaan tani kepada orang ramai menerusi persembahan hiburan.
edutainmentdidik hiburUmumTiadaTiada
infotainmentmaklumat hiburUmumTiadaTiada
retailtainmentruncit hiburPentadbiran PerniagaanTiadaPenggunaan suasana, emosi, bunyi, hiburan dan aktiviti untuk mendapatkan pelanggan yang berminat membeli barangan yang dijual.
shoppertainmentpembeli-belah hiburPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12

Kembali ke atas