Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hié.rar.ki] | هيررکي

Definisi : (hiérarki) susunan atau kedudukan tinggi rendah (dlm organisasi, masyarakat, dsb) berdasarkan taraf atau kekuasaan: syarat ke­masukan ke dlm ~ syarikat dan peluang utk mencapai kedudukan tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan; berhierarki mempunyai hierarki: masyara­kat kasta secara unggulnya ~ sifatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hié.rar.ki] | هيررکي

Definisi : /hirarki/ tatatingkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hierarki (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kedudukan, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hierarchy of settlementhierarki petempatan; hierarki penempatanSosiologiTiadaHierarki petempatan: Susunan dan urutan petempatan mengikut saiz dan fungsi.
hierarchy of settlementhierarki petempatan; hierarki penempatanEkonomiTiadaTiada
hierarchy;hierarkiSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah hierarki pada asalnya digunakan untuk menghuraikan sistem pentadbiran gereja oleh paderi untuk pengikutnya mengikut susunan masing-masing. Kini, penggunaan istilah hierarki meliputi sebarang organisasi yang menyusun atur anggota atau kakitangannya menurut susunan kedudukan, gred atau kelas. Dari sudut teoritikal, hierarki merupakan salah satu sistem stratafikasi. Dalam sistem perhubungan antarabangsa, stratafikasi adalah berasaskan kepada kedudukan kuasa dan status. Penggunaan dimensi kuasa dan status sebagai dua pemboleh ubah bebas, memungkinkan terjadinya hierarki antara negara dengan negara. Keadaan ini berlaku kesan agihan kuasa dan status yang tidak setara. Bentuk hierarki dalam hubungan antarabangsa tetap berkekalan biarpun berlaku perubahan dalam analisis politik yang memasukkan campur tangan aktor pemerintah dengan aktor bukan pemerintah. Mutakhir ini, kelompok aliran neorealis, umpamanya Waltz (1979) cuba menyanggahi gagasan hierarki ini dengan mengemukakan konsep anarki. Menurut pandangan in
hierarchy of distribution functionhierarki fungsi taburan; hierarki fungsi agihanFizikTiadaTiada
hierarchyhierarkiSains PolitikPolitik PerbandinganKlasifikasi kelompok berasaskan kebolehan, kedudukan ekonomi, politik, profesional atau sosial yang disusun dalam bentuk vertikal iaitu dari atas ke bawah. Kedudukan hierarki atas melambangkan kuasa dan kedudukan yang lebih baik, superior, berautoriti atau lebih kuat sementara kedudukan hierarki bawah melambangkan golongan yang lebih lemah, subordinat dan menjadi subjek kepada yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pada masa kini sifat hierarki adalah dinamik, tidak seperti pada zaman feudal. Mobiliti sosial yang berlaku membolehkan seseorang mencapai kedudukan hierarki yang lebih baik. Contohnya, hierarki atas dan bawah dalam organisasi polis antara Ketua Polis Negara dengan konstabel.
protocol suitesuit protokolTeknologi MaklumatTiadaSet protokol daripada keluarga yang sama dengan hierarki dan fungsi yang tertentu. Contohnya, suit protokol TCP/IP mengandungi 8 hierarki dan sejumlah 73 set protokol berlainan fungsi. 8 hierarki protokol ini terdiri daripada lapisan pautan data, rangkaian, pengangkutan, sesi, aplikasi, penghalaan, penerowongan dan sekuriti. TELNET, S-HTTP, POP3, IMAP4, IRC, Finger dan FTP adalah sebahagian daripada sejumlah 27 set protokol fungsi yang terdapat dalam lapisan atau hierarki aplikasi. Beberapa suit protokol lain ialah SS7 (Signaling System 7), GPRS (General Packet Radio Service) dan PPP (Point to Point Protocol) .
objective hierarchyhierarki objektifPentadbiranTiadaHierarki arah pencapaian matlamat yang dibentuk apabila setiap peringkat dalam organisasi mempunyai objektif tersendiri.
functional hierarchyhierarki berfungsiSosiologiTiadaHierarki bandar yang berdasarkan fungsi sesuatu bandar dalam konteks negara atau wilayah.
social hierarchyhierarki sosialBiologiEkologiHierarki dalam kumpulan organisma, yang menunjukkan kedominan dan kesubordinatan dalam kumpulan.
functional hierarchyhierarki berfungsiPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaHierarki bandar yang berdasarkan fungsi sesuatu bandar dalam konteks negara atau wilayah.
12345678910...

Kembali ke atas