binding hifa | hifa penambat | Biologi | Mikologi | Hifa yang berdinding tebal, bercabang, tak berseptum, halus, berbentuk karang, dan berfungsi sebagai pengikat hifa rangka dan hifa generatif. Hifa ini dapat ditemukan pada lapisan trama jasad buah kulat liang. |
paraderm | paraderma | Biologi | Mikologi | Lapisan kulit yang terdiri daripada hifa-hifa bulat yang jejarinya lebih kurang sama. |
pseudocortex | pseudokorteks | Biologi | Mikologi | Korteks liken yang terdiri daripada hifa-hifa bergelatin yang tersusun rapat dan padat. |
somatogamy | somatogami | Biologi | Mikologi | Pertaupan sel-sel soma atau hifa-hifa yang melibatkan plasmogami. |
synenchyma | sinenkima | Biologi | Mikologi | Tisu berbentuk bulat yang terdiri daripada hifa-hifa yang tersusun rapat secara lateral. |
monomitic | monomitik | Biologi | Mikologi | Berkaitan dengan basidiokarpa yang hanya terdiri daripada hifa-hifa generatif. |
asteroporaceous | asteroporaseus | Biologi | Mikologi | Mempunyai ciri yang menyerupai ciri Asterospora, iaitu mempunyai tisu jasad buah yang terdiri daripada gabungan sferosista, hifa penghubung, hifa lakteriferus, dan sebagainya. Permukaan sporanya kasar dan amiloid. |
laticifer | latisifer | Biologi | Mikologi | Hifa atau sel hifa yang menghasilkan lateks. |
lactiferous hypha | hifa berlaktifer | Biologi | Mikologi | Hifa yang menghasilkan jus bersusu, misalnya hifa cendawan Lactarius. |
bridging hypha | hifa penyambung | Biologi | Mikologi | Cabang hifa khusus yang menyambungkan dua hifa lain. |