Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.ka.yat] | حکايت

Definisi : Ar 1. cerita (khasnya cerita-cerita lama), cerita-cerita lama dlm bentuk prosa: ~ Merong Maha Wangsa; 2. riwayat, sejarah: ~ Iskandar Zulkarnain; ~ hidup sejarah hidup; berhikayat bercerita, beriwayat; menghikayatkan menceritakan atau me­ngisah­kan sesuatu: adapun dihikayatkan orang yg empunya hikayat …. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hi.ka.yat] | حکايت

Definisi : 1 cerita lama: ~ Merung Maha Wangsa. 2 sejarah; riwayat: ~ Iskandar Zulkarnain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hikayat
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :riwayat

Puisi
 

Cik Malik mengarang bunga,
     Mari karang tali rotan;
Minta tabik pada semua,
     Saya nak karang hikayat syaitan.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hikayathikayatKesusasteraanTiadaKarya sastera yang berisi cerita, sejarah atau cerita roman fiktif bertujuan untuk hiburan, pembangkit semangat juang dan memeriahkan pesta. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Hikayat Perang Palembang, Hikayat Seribu Satu Malam.
hikayathikayatKesusasteraanTiadaSuatu bentuk genre sastera Melayu tradisional berbentuk prosa atau separa prosa yang biasanya mengandungi cerita yang panjang. Sebagai suatu bentuk genre, hikayat bersifat bebas isi dan struktur, iaitu boleh digunakan untuk membawa pelbagai tema dan jenis karya. Contohnya fabel, roman, epik, sejarah, adab dan hagiografi. Oleh itu, hikayat mempunyai pelbagai fungsi, antaranya sebagai hiburan, pengajaran, adab, dan dakwah. Hikayat dicirikan oleh unsur-unsur kecerekaan dan khayalan. Walau bagaimanapun, ada hikayat yang agak faktual seperti cerita yang berkait dengan tokoh sejarah dan peristiwa sejarah. Contohnya Hikayat Sultan Ibrahim Ibnu Adham dan Hikayat Raja Pasai. Kebanyakan karya hikayat berfokus pada perihalan istana atau golongan bangsawan. Berdasarkan etimologi istilah hikayat, dapat diandaikan bahawa karya hikayat hanya muncul dalam dunia Melayu pada zaman selepas kedatangan Islam. Contohnya Hikayat Amir Hamzah, sebuah epik warisan Islam dianggap sebagai salah satu hikayat Melayu yang terawal. Oleh seb
hikayathikayatKesusasteraanTiadaTiada
heroic talecerita wiraan/eposKesusasteraanTiadaCerita pahlawan yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa dan disampaikan dari satu generasi ke satu generasi. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Hikayat Chindor Mato dan Cerita Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma.
hagiographyhagiografiKesusasteraanTiada, termasuk juga tentang legenda yang menyangkut kehidupannya. Contoh: Hikayat Ibrahim Ibnu Adham, Hikayat Iskandar Zulkarnain dan cerita-cerita tentang Nabi Khidir.
anoniem/anonymusawanamaKesusasteraanTiadaSesuatu karya yang tidak dikenali nama pengarangnya. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Hikayat Seri Rama dll.
sagahikayat; sagaKesusasteraanTiadaHikayat - Hasil kesusasteraan yang dicipta tanpa diketahui nama pengarang dan tarikhnya, yang mengandungi kesaktian, keberanian dan kegagahan wira yang luar biasa serta unsur magis.
cycle storycerita kitaranKesusasteraanTiadaCerita yang setiap satunya bebas dan utuh kendiri, namun berkisar pada watak, tema dan motif yang sama. Cerita kitaran biasanya pendek, bersiri, mudah dan mempunyai plot yang tipikal. Contohnya dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Cerita Pak Pandir dan Hikayat Abu Nawas. Hikayat Sang Kancil terdiri daripada suatu kitaran cerita yang setiap satunya mengisahkan muslihat Sang Kancil melepaskan dirinya daripada cahaya atau masalah. Namun terdapat juga cerita kitaran yang lebih panjang. Contohnya cerita kitaran dalam epik panji yang mengisahkan percintaan antara Raden Inu Koripan dengan Raden Galoh Cendera Kirana.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiada1. Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub.
apologiaapologiaKesusasteraanTiada1. Karya yang berisi pembelaan terhadap perlakuan dan pandangan tokoh. Contoh: dipercayai Hikayat Raja-Raja Pasai yang ditulis semula untuk membela imej raja-raja Pasai yang direndah-rendahkan dalam Sejarah Melayu. Lihat Teeuw, A, Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu. In John Bastin and R. Roolvink ed. Malayan and Indonesian Studies, essays presented to Sir Richard Winstedt. etc. Oxford 1964. PP. 222-34.
12345678

Kembali ke atas