phosphine poisoning | keracunan fosfina | Kimia | Forensik | Keracunan akibat penyedutan fosfina (formula kimia, PH), iaitu gas tanpa warna dengan bau bawang putih. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, kelesuan, batuk, demam kuning, parestesia, ataksia, terketar-ketar, diplopia, tekanan darah jatuh, dispnea, edema pulmonari, pengsan, ritma jantung tak normal, konvulsi dan koma. Keracunan kronik menyebabkan sakit gigi sebagai gejala awal, diikuti bengkak rahang, dan kemudian nekrosis mandibel. Penemuan lain termasuk keadaan lemah, hilang berat badan, hilang selera makan, anemia, dan keretakan tulang secara spontan. Had pendedahan ialah 0.3 ppm. Penemuan patologi ialah hiperemia dan edema pulmonari dan nekrosis miokardia fokal. Dos maut ialah I mg/kg. |
nitrobenzene poisoning | keracunan nitrobenzena | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada nitrobenzena (formula kimia, C6H2NO2), iaitu cecair berminyak berwarna kuning pucat yang digunakan dalam penggilap kasut, sabun, minyak wangi, dan perisa buatan. Pendedahan dalam industri berlaku akibat penyedutan wasap atau penyerapan kulit. Gejala keracunan termasuk sakit kepala, mengantuk, loya, hilang kawalan otot, warna kulit kebiruan, dan dalam kes teruk, kegagalan pernafasan. Dos parah ialah 700 mg/kg, dan had pendedahan ialah I ppm. Tanda utama keracunan ialah sianosis dan demam kuning. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit, atau pengingesan menyebabkan sianosis, sakit kepala, sesak nafas, pening, kekeliruan, tekanan darah turun, kelesuan, stupor, konvulsi, koma, dan kemungkinan mati jika aras metemoglobin 70% atau lebih. Demam kuning, disuria, dan anemia mungkin dialami kemudian. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit mungkin mempengaruhi sistem saraf, hati, buah pinggang, dan sumsum tulang. Gejalanya ialah hilang berat badan, anemia, |