hyperactive | hiperaktif | Pendidikan | Tiada | Tiada |
hyperactive | hiperaktif | Sosiologi | Tiada | Tiada |
hyperactive | hiperaktif | Perubatan | Tiada | Berkaitan atau dicirikan oleh hiperaktiviti. |
broncheal asthma | asma bronkial | Perubatan | Tiada | Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh bersenam, habuk dan stres psikologi. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penyakit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin. |
bronchial asthma | asma bronkial | Perubatan | Farmakologi | Keadaan bronkus menjadi hiperaktif dan menyempit, yang menyebabkan pesakit mengalami kesusahan bernafas, lelah dan penat yang berulang. Sesetengah asma dicetuskan oleh alahan, manakala yang lain mungkin dicetuskan oleh habuk, stres psikologi dan bersenam. Walaupun terdapat banyak ubat yang boleh membantu pesakit asma, penyebab penya kit perlu juga dielakkan supaya pengawalan dan pencegahan penyakit dapat dilakukan dengan berkesan. Antara kumpulan ubat asma ialah steroid, agonis beta, metilxantin dan perencat leukotrin. |
Amphetamine | Amphetamine | Perubatan | Tiada | Nama kimia: ß-phenylisopropylamine. Sejenis ubat perangsang sistem saraf pusat dan saraf simpatetik yang menyebabkan meningkatnya kepekaan dan tumpuan, mengurangkan selera makan dan meningkatkan aktiviti kardiovaskular. Ubat ini digunakan dalam rawatan obesiti, narkolepsi dan masalah hiperaktif, dan kekurangan tumpuan (ADHD). Antara kesan sampingannya ialah insomnia, resah, hipertensi, berdebar dan sakit kepala. Ubat ini mudah disalahgunakan kerana kesan rangsangan psikologinya dan boleh menyebabkan ketagihan. |
amphetamine | amfetamina | Kimia | Forensik | Formula kimia, C9H13N; nama lain, metilfenetilamina; nama dagang, Benzedrine. Cecair mudah meruap, mudah terbakar, tanpa warna dengan bau cirian yang kuat dan terasa pedas sedikit, takat didih 200°C - 203°C (terurai), larut dalam etanol dan eter, dan larut sedikit dalam air. Amfetamina dipreskripsikan sebagai perangsang dan antidepresan, dan kadangkala sebagai ubat bagi program kawalan berat badan. Ia menjadi asas sekumpulan bahan halusinogen, iaitu ubat yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Ia pernah tersebar luas di pasaran sebagai ubat jaga, tetapi sekarang menjadi bahan terkawal kerana kemungkinan disalahgunakan. Kegunaan perubatannya sekarang adalah untuk merawat keadaan serangan tidur yang tidak terkawal dan merawat penyakit hiperaktif. Kesan sampingannya termasuk lekas marah, gementar, kebergantungan terhadap ubat, sukar tidur dan resah gelisah. Penggunaan yang terlalu banyak mengakibatkan kecenderungan membunuh diri, paranoia dan halusinasi. Dos maut minimum (MLO) ialah 10 mg bagi kanak-kanak beru |