Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.mo.gén] | هوموݢين

Definisi : (homogén) terdiri drpd bahagian-bahagian atau unsur-unsur yg sama jenisnya; kehomogenan keadaan atau sifat homogen: ~ pendapat dlm bidang politik boleh di­terangkan dgn dua proses yg berlainan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata homogen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homogenhomogenFizikTiadaTiada
homogenhomogenPerubatanTiadaTiada
homogeneous nucleationpenukleusan homogenSainsHidrometeorologiPenukleusan homogen atau spontan menunjukkan permulaan masing-masing tanpa nukleus-nukleus pemeluwapan atau pembekuan; proses-proses ini diistilahkan sebagai pemeluwapan dan pembekuan homogen atau spontan. Agregat molekul air secara selanjar membentuk dan menyejat dalam udara aditepu yang bebas daripada nukleus pemeluwapan. Kemungkinan bahawa agregat tersebut akan mencapai saiz genting yang sedemikian besar untuk menjadi lebih stabil daripada wap dan oleh sebab itu menjadi pusat yang padanya perkembangan lanjutan (pemeluwapan spontan) akan berlaku adalah tipis bagi darjah pengaditepuan yang kurang daripada 400 peratus; pengaditepuan seumpama ini tidak wujud dalam atmosfera. Dalam udara yang kekurangan nukleus membeku, penurunan suhu di bawah 0oC akan menambah kemungkinan bahawa agregat molekul air membentuk konfigurasi berupa ais dan berkembang sehingga suatu saiz yang mencukupi untuk molekul tersebut bertindak sebagai pusat yang padanya hablur ais terbentuk dengan cepat. Perubahan mengikut suhu bagi kemung
homogeneous condensationpemeluwapan homogenSainsHidrometeorologiLihat penukleusan homogen.
homogenoushomogenMekanikGunaanDaripada jenis atau akibat sama keseluruhannya. bahan yang homogen mempunyai kandungan dan sifat yang sama pada semua titiknya. Lihat juga kehomogenan dimensi.
aqueous homogeneous reactorreaktor homogen akueusKejuruteraanTiadaReaktor nuklear homogen kecil yang bahan apinya terlarut di dalam air.
homogeneous shieldperisai homogenKejuruteraanTiadaPerisai yang mempunyai taburan bahan yang homogen.
homogeneoushomogenKimiaTiadaBerkaitan dengan campuran yang mengandungi komponen yang tidak dapat dibezajelaskan dengan mudah. Misalnya, campuran homogen gula dan air mengandungi hanya satu fasa cecair. Bdg. hetergen.
homogeneous systemsistem homogenKejuruteraanKejuruteraan KimiaSistem yang sekata sifatnya. Misalnya, sifat fizikal seperti ketumpatan dalam sistem homogen akan mempunyai nilai ketumpatan yang serupa dari titik ke titik yang lain dalam sistem tersebut.
homogeneous reactorreaktor homogenKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang bahan-bahan terasnya tersusun sehingga ciri-ciri neutron dapat dianggap sebagai taburan homogen.
12345678910...

Kembali ke atas