Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang tua (yakni emak dan ayah); keibubapaan (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm kesamaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang tua (yakni emak dan ayah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Jangan meludah ke langit.

Bermaksud :

Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parent child separationpemisahan anak daripada ibu bapaPergigianTiadaKaedah mengatasi masalah kanak-kanak yang tidak bekerjasama semasa prosedur rawatan dijalankan. Biasanya ibu bapa berada di samping kanak-kanak semasa rawatan pergigian dijalankan. Kanak-kanak akan membuat ragam dengan kehadiran ibu bapa mereka dan mengganggu kelancaran prosedur rawatan. Dengan kaedah ini ibu bapa diminta menunggu di luar bilik rawatan.
authoritarian parentibu bapa autoritarianSosiologiTiadaIbu bapa yang bersikap mengawal dan berkuasa secara mutlak terhadap anak-anak mereka.
parent-child bondingikatan ibu bapa-anakPerubatanTiadaPertalian antara bayi dengan ibu bapa untuk mendapatkan kasih sayang yang boleh mempengaruhi perkembangan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.
parent support rationisbah sokongan ibu bapaGerontologiTiadaNisbah anggaran kebolehdapatan sokongan anak terhadap ibu bapa berdasarkan jumlah ahli keluarga tua-muda berbanding dengan ahli keluarga tua-tua.
parenting educationpendidikan keibubapaanPendidikanTiadaPendidikan khusus untuk mengajar ibu bapa tentang perkembangan kanak-kanak dalam membentuk mereka menjadi ibu bapa yang lebih mahir dan berpengetahuan.
parental role conflictkonflik peranan ibu bapaPerubatanTiadaKekeliruan peranan sebagai ibu bapa terhadap krisis. Contohnya ibu atau bapa tunggal yang perlu memainkan peranan sebagai bapa dan ibu.
dominantdominanPerubatanTiadaSifat yang lebih kuat pengaruhnya, yang diwarisi daripada salah seorang ibu bapa. Sifat berkenaan menutupi sifat yang satu lagi yang diwarisi daripada ibu/bapa, dan dengan demikian menjadi lebih ketara pada individu tersebut. Bdg. resesif.
family support rationisbah sokongan keluargaGerontologiTiadaNisbah kebolehdapatan sokongan wanita berumur antara 40 tahun hingga 59 tahun, yang sepatutnya menjaga ibu bapa berbanding dengan jumlah ibu bapa yang berumur antara 65 tahun hingga 84 tahun.
pedodontic treatment trianglerawatan segi tiga pedodontikPergigianTiadaKonsep rawatan pergigian yang melibatkan kanak-kanak, perawat dan ibu bapa. Perawat harus melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa dalam rawatan pergigian dan kaunseling. Hubungan ini adalah dalam suasana yang dinamik. Walau bagaimanapun, tumpuan utama perlu diberikan kepada pesakit kanak-kanak tersebut.
nontraditional familykeluarga tak tradisiKejururawatanTiadaKeluarga yang ibu bapa tidak tinggal serumah disebabkan perceraian atau kematian. Oleh itu, anak akan tinggal dengan ibu atau bapa tunggal, nenek atau datuk, atau ibu bapa angkat.
12345678910...

Kembali ke atas