Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.da.man] | ايدامن

Definisi : hasrat, keinginan, sesuatu yg diidam-idamkan: dia selalu mengenangkan gadis ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.da.man] | ايدامن

Definisi : apa-apa yg diidamkan; kemahuan; keinginan: Mati syahid menjadi ~ Nikman dan pasukan tenteranya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
idam
Kata Terbitan : mengidam, mengidamkan, idaman,

Puisi
 

Taman lipur di Pulau Tioman,
     Rumput kering lepas ditajak;
Terpisah sudah dara idaman,
     Runtuhlah tiang tempat berpijak.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ideal societymasyarakat idamanSejarahTiadaTiada
frustrationkekecewaanPsikologiPsikologi UmumKeadaan emosi negatif yang muncul dalam diri individu apabila keinginan untuk mencapai sesuatu yang diingini disekat. Halangan yang boleh menimbulkan kekecewaan boleh dibahagikan kepada dua sumber. Punca luaran kekecewaan biasanya merupakan keadaan luar diri individu yang boleh menghalang kemajuannya untuk mencapai suatu matlamat. Contohnya, penolakan peminangan yang menghalang individu mendapatkan gadis idaman untuk dijadikan isteri. Punca kekecewaan ini biasanya ialah kelambatan, kegagalan, penolakan atau kehilangan. Satu lagi punca kekecewaan adalah bersifat peribadi seperti individu yang gemuk biasanya tidak dapat menjadi pelari pecut atau tidak dapat memiliki pasangan yang diidamkan sebagai suami atau isteri.

Kembali ke atas