Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ga] | ايݢ

Definisi : Jw tulang rusuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iga


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secretory IgAIgA rembesanVeterinarTiadaTiada
iga'atiga'atMuzikTiada

Sistem mod irama muzik Iran dan Arab. Konsep sistem mod ini merangkumi konsep meter, mod irama, rentak, dinamik, tempo dan warna. Sistem iga 'at sama dengan sistem dumb di Mesir, usul di Turki dan mazim di Maghribi. Sinonim iqa'at

mazimmazimMuzikTiada

 Sistem mod irama dalam muzik Maghribi. Konsep sistem mod ini merangkumi meter, rentak, dinamik, tempo dan warna. Mazim mempunyai persamaan dengan sistem iga'at di Iran, durub di Mesir dan usul di Turki. Lihat juga iga'at, usul, dumb.

immunoglobulinimunoglobulinAIDSTiadaProtein hasilan perumah akibat serangan penyakit berjangkit yang terdiri daripada lima kelas, iaitu IgG, IgA, IgD, IgM dan IgE. Protein ini boleh digunakan untuk menahan serangan infeksi tertentu gabi pesakit HIV.
antibodyantibodiPerubatanTiadaImunoglobulin serum yang dihasilkan oleh limfosit B, terutamanya sel plasma sebagai gerak balas terhadap sesuatu antigen atau homolognya. Imunoglobulin ini dapat dikelaskan mengikut struktur, misalnya IgA, IgD, IgM, atau secara am mengikut tindakan masing-masing, misalnya antienzim, antitoksin, bakteriolisin.
immunoglobulinimunoglobulinBioteknologiTiadaProtein jenis globulin (biasanya gama globulin) yang mempunyai aktiviti antibodi atau bertindak sebagai antibodi. Protein ini terbahagi kepada 5 kelas berdasarkan keheterogenan jenis antibodi yang terkandung, iaitu IgG, IgA, IgM, IgD, dan IgE.
equation of motionpersamaan gerakanMekanikGunaanHubungan di antara sistem daya yang bertindak pada jasad dengan pecutan yang dialami oleh jasad itu. dalam kes yang paling umum, hubungan ini diberikan oleh sepasang ungkapan vektor, F = maG MG = IGa Dalam sebutan yang pertama di atas, F ialah jumlah daya yang bertindak pada jasad berjisim m dan menghasilkan pecutan linear a bagi pusat jisim G jasad dan, dalam sebutan yang kedua, MG ialah jumlah momen di sekitar titik G yang disebabkan oleh sistem daya tersebut, IG ialah momen sifatekun jisim bagi jasad di sekitar titik G dan a ialah pecutan sudut jasad. Dalam analisis kinetik zarah, hanya ungkapan yang pertama sahaja yang terlibat. Perhatikan bahawa hubungan yang kedua itu boleh ditulis dalam bentuk lain jika titik yang lain daripada pusat jisim G dipilih sebagai pusat untuk mengambil kira momen.
usulusulMuzikTiada

Sistem mod irama dalam muzik Turki. Sistem mod usul sama dengan sistem iqa'at di Arab, iga'at di Iran, durub di Mesh dan mazim di Maghribi. Sistem mod ini merangkumi meter, rentak, dinamik, tempo dan timbre. Lihat juga iga'at, durub, mazim.

resultant-force diagramgambar rajah daya paduanMekanikGunaanGambar rajah yang menunjukkan daya paduan dan pasangan paduan yang bertindak pada sesuatu jasad, dengan vektor-vektor daya dan pasangan ditulis dalam sebutan pecutan pusat graviti G jasad itu aG dan pecutan sudutnya a. Daya paduan itu ditulis sebagai maG dan pasangan paduan sebagai IG, dengan IG sebagai momen sifatekun jisim jasad di sekitar titik G. Vektor maG melalui titik G dan digambarkan menerusi komponen-komponen tepatnya di titik itu; IGa ialah suatu vektor bebas. Dalam analisis kinetik, gambar rajah daya paduan ini ‘disamakan’ dengan gambar rajah jasad bebas untuk memudahkan penulisan persamaan gerakan yang berpadanan. (Perhatikan bahawa gambar rajah daya paduan adalam sama untuk semua masalah, dan ditunjukkan dalam Rajah G1 untuk kes gerakan satah jasad tegar. Bagi jasad rencam, vektor maG dan vektor IGa biasanya ditunjukkan secara berasingan untuk jasad komponen masing-masing. Gambar rajah daya tindakan juga dinamai gambar rajah kinetik. Lihat juga daya tindakan. Rajah G1 (rujuk mss. 35)
durubdurubMuzikTiada

 Sistem mod irama Mesir. Durub sama dengan sistem iqa'at di Arab, usul di Turki, dan mazim di Maghribi. Konsep sistem mod ini merangkumi meter, rentak, dinamik, tempo dan tim­bre. Lihat juga iga'at.

12

Kembali ke atas