Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.gauan] | ايݢاوان

Definisi : 1. apa yg disebut pd waktu mengigau: tiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; 2. cakap yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.gauan] | ايݢاوان

Definisi : 1 sesuatu yg diucapkan ketika mengigau. 2 perkataan atau cakap yg bukan-bukan; impian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
igau
Kata Terbitan : mengigau, terigau-igau, igauan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Kafkaesquegaya KafkaKesusasteraanTiadaGaya, nada, dan sikap watak yang terdapat dalam penulisan Franz Kafka. Secara umumnya, gaya Kafka melahirkan suasana igauan yang menakutkan, seolah-olah wujud kuasa kejam yang mengawal dunia igauan tersebut. Antara tema yang dipaparkan dalam penulisan Kafka ialah kehilangan identiti, pembangkitan rasa takut dan bersalah, serta penipuan pihak berkuasa yang menghalalkan kejahatan, seolah-olah hal tersebut merupakan suatu perkara yang wajar. Novel Kafka yang jelas mencerminkan ciri-ciri ini ialah The Trial (1925) dan The Castle (1926).
surrealismsurealismeKesusasteraanTiadaPemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, da

Kembali ke atas