Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.jab.ka.bul] | ايجاب قبول

Definisi : pernikahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.jab.ka.bul] | ايجاب قبول

Definisi : pernikahan; berijab kabul bernikah; mengijabkabulkan menikahkan; terijab kabul telah diijabkabulkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kabul (kata nama)
1. Dalam konteks pernikahan
bersinonim dengan persetujuan, perkenan, penerimaan, perjanjian, kontrak,

2. Dalam konteks doa
bersinonim dengan makbul, perkenan, persetujuan, kelulusan, keizinan, kerelaan,

Kata Terbitan : mengabulkan, terkabul, pengabulan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tawkilmelantik wakilPerniagaan IslamTiadaPelantikan satu pihak sebagai wakil melalui akad wakalah. Pewakilan boleh dilaksanakan melalui ijab kabul, keizinan atau kelulusan. Tawkil boleh dilakukan secara mutlak atau bersyarat dalam pelbagai urusan.
الصيغةlafaz ijab dan kabulAgama IslamFiqhLafaz yang diucapkan oleh kedua pihak yang melakukan sesuatu akad. Contohnya, dalam urusan jual beli, penjual berkata "saya jual" dan disambut oleh pembeli "saya beli".
bai‘ ta’ahjual beli tanpa lafazPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang berlaku tanpa wujud lafaz ijab dan kabul apabila pihak berakad saling member, iaitu penjual menyerahkan produk dan pembeli menghulurkan bayaran tanpa menyebut “Saya menjual” atau “Saya membeli”. Sebahagian ulama membenarkan bai‘ ta’ah kerana wujud unsur rela dan diterima sebagai jual beli dari sudut adat. Dalam mazhab Syafii, rukun sighat dalam bentuk lafaz adalah diperlukan sebagai tanda keredaan.
tafarruq sifqatpenyelesaian akadPerniagaan IslamTiadaPenyempurnaan urusan jual beli yang berakhir dengan sesuatu isyarat yang melambangkan persetujuan atau ijab dan kabul. Contohnya, kebiasaan masyarakat Arab memukul tangannya di atas tangan salah satu pihak lain sebagai tanda selesainya akad tersebut.
‘aqd ta‘atiakad unjuk terimaPerniagaan IslamTiadaPerbuatan tukar-menukar antara harga dengan produk yang menunjukkan persetujuan antara kedua-dua belah pihak tanpa lafaz ijab dan kabul. Contohnya dalam jual beli, pembeli mengambil produk yang dijual dengan membayar harganya kepada penjual, penjual memberi produk yang dijual kepada pembeli dan pembeli membayar harganya tanpa bercakap apa-apa dan juga tanpa isyarat, dan pembelian minuman dalam mesin dengan memasukkan wang ke dalam mesin. Sinonim ‘aqd mu‘atah.

Kembali ke atas