professional advertising | pengiklanan ikhtisas | Komunikasi | Korporat | Pengiklanan yang disasarkan kepada kumpulan ikhtisas, seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan, dan arkitek. Kandungan iklan ini boleh dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Iklan dalam bentuk perkhidmatan adalah seperti penawaran khidmat ikhtisas lain yang boleh membantu kecekapan pengurusan kelompok tersebut. Antara perkhidmatan tersebut termasuklah perkhidmatan membaik pulih peralatan perubatan, perkhidmatan pakar perisian komputer, dan sebarang bentuk pengurusan ikhtisas lain seperti khidmat perundingan penyelidikan yang diperlukan oleh kumpulan ikhtisas. Contoh iklan barangan untuk kumpulan ikhtisas ialah jenis ubat dan peralatan perubatan terbaru di pasaran untuk golongan doktor dan pakar perubatan. Terdapat juga perkhidmatan yang berkaitan dengan perisian pengurusan baru yang dicipta untuk mempercekap pengurusan bidang ikhtisas. Semua barangan dan perkhidmatan boleh diiklankan dengan menggunakan pendekatan dan saluran pengiklanan yang biasa diamalkan. Kadar kos yang dikenakan bagi setiap iklan adal |
professional ethics | etika ikhtisas | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Lihat etika profesional. |
semiprofessional occupation | pekerjaan separa ikhtisas | Geografi | Tiada | Tiada |
semiprofessional occupation | pekerjaan separa ikhtisas | Sosiologi | Tiada | Tiada |
accounting fee | fi perakaunan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bayaran perkhidmatan ikhtisas kerana menyediakan rekod urus niaga kewangan sesebuah organisasi. |
architect | arkitek | Kesenian | Seni Bina | Orang yang berkelayakan dari segi akademik dan ikhtisas untuk mereka bentuk bangunan atau binaan lain bagi pelbagai tujuan tertentu. Arkitek juga bertanggungjawab untuk mengawasi dan memperakukan kerja binaan bangunan yang direkanya sehingga siap untuk dihuni. Arkitek merupakan orang yang dipertanggungjawabkan di bawah peruntukan perundangan terhadap kekukuhan struktur binaan dan keselamatan penghuni yang mendiami bangunan berkenaan. |
Hoover Commission | Suruhanjaya Hoover | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Badan yang bebas daripada pengaruh parti politik. Anggotanya terdiri daripada pakar dalam bidang perniagaan dan ikhtisas, dan diketuai oleh bekas presiden Amerika Syarikat, Herbert C. Hoover. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada tahun 1947 di bawah Undang-Undang Awam 162 (kongres ke-80) bertujuan untuk memeriksa dan menambah baik struktur dan praktis badan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Antara tahun 1949 � 1955, hampir sebahagian daripada saranan yang dikemukakan oleh pasukan petugas telah diterima pakai oleh pihak kerajaan. |
anaesthetist | pakar anestesia | Perubatan | Tiada | Doktor perubatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang anestesia. Gelaran ini hanya diiktiraf oleh kerajaan atau universiti sekiranya doktor tersebut mempunyai kelulusan ikhtisas tertinggi dalam bidang anestesia. Sinonim pakar bius. |