hookworm infenction | infeksi cacing kait | Perubatan | Tiada | Infeksi oleh kedua-dua spesies cacing kait manusia, iaitu (Necator americanus dan Ancylostoma duodenale) akibat penembusan kulit oleh larva infektif cacing ini. Infeksi ini menyebabkan kegatalan di kaki yang disebut �gatal tanah�. Infeksi ringan di usus kecil biasanya tidak menimbulkan gejala, tetapi infeksi berat boleh mengakibatkan anemia. |
trichuriasis | trikuriasis | Perubatan | Tiada | Infeksi Trichuris trichiura, yang berlaku apabila telur infektif tertelan bersama- sama makanan yang tercemar oleh tinja. Infeksi ini sering dialami oleh kanak-kanak prasekolah. Infeksi ringan biasanya tanpa gejala, tetapi infeksi berat boleh menyebabkan inflamasi dan perdarahan usus besar, anemia dan prolaps rektum. |
leptospirosis | leptospirosis | Perubatan | Tiada | Infeksi oleh Leptospira. Infeksi ini ditularkan kepada manusia melalui sentuhan dengan anjing, babi, dan roden, atau penggunaan air yang tercemar. |
residual infection | infeksi sisa | Perubatan | Tiada | Infeksi yang masih wujud selepas infeksi lain dapat diatasi. |
trichinosis | trikinosis | Perubatan | Tiada | Infeksi yang disebabkan oleh cacing nematod usus, Trichinella spirallis. Infeksi ini terjadi akibat termakan daging babi yang kurang masak. Kebanyakan infeksi tidak menunjukkan gejala; dalam keadaan yang teruk, terdapat empat gejala patognomonik, iaitu edema di sekeliling mata, demam, sakit otot dan hipereosinofilia. |
droplet infection | infeksi titisan | Perubatan | Tiada | Infeksi melalui rembesan mulut dan hidung yang terhambur keluar ke udara semasa pesakit batuk, bersin dan bercakap. |
droplet infection | infeksi titisan | Perubatan | Tiada | Infeksi melalui rembesan mulut dan hidung yang terhambur keluar ke udara semasa pesakit batuk, bersin dan bercakap. |
ectotrophic infection | infeksi ektotrofik | Biologi | Ekologi | Infeksi kulat yang melibatkan bahagian permukaan akar perumah, tetapi hifanya boleh menembusi tisu perumah. |
cryptoplasmic (infection) | kriptoplasmik (infeksi) | Perubatan | Tiada | Berkenaan infeksi, dengan organisma yang menyebabkannya tersembunyi. |
needle track infection | infeksi laluan jarum | Perubatan | Tiada | Infeksi yang berlaku melalui suntikan jarum. |