inclusive education | pendidikan inklusif | Umum | Tiada | Program pendidikan yang menempatkan pelajar kurang upaya bersama-sama dengan pelajar biasa dalam kelas yang sama. |
Inclusive Education Programme | program pendidikan inklusif | Umum | Tiada | Murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menghadiri kelas bersama-sama dengan murid lain di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. |
disability equality training (DET) | latihan kesaksamaan ketidakupayaan (DET) | Umum | Tiada | Latihan untuk memahami isu ketidakupayaan berasaskan Model Sosial bagi mewujudkan masyarakat inklusif OKU. |
student with special educational needs | murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) | Umum | Tiada | Pelajar sekolah yang menyertai sekolah pendidikan khas, program pendidikan khas integrasi dan program pendidikan inklusif. |
minority rights | hak golongan minoriti | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak kelompok kecil orang yang sama keturunan, agama, bahasa, dan budaya yang tinggal di sesebuah negara, daerah atau tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, bahasa dan budaya. Hak golongan tersebut terbahagi kepada dua, iaitu pertama, hak normal individu seperti hak untuk hidup dan hak kepada harta, dan kedua, hak bersama. Hak bersama merangkumi hak untuk mengamalkan budaya sendiri, menganuti dan mengamalkan agama sendiri, serta menggunakan bahasa sendiri. Bagi orang kelainan upaya, hak mereka termasuklah hak mengakses kemudahan awam, informasi dan pekerjaan, serta hak mendapat pendidikan secara inklusif. Hak golongan minoriti hendaklah dijamin oleh kerajaan agar mereka terpelihara daripada diskriminasi, penganiayaan dan penindasan. Hak golongan minoriti ada disentuh oleh Waad Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966. |