market patent | paten pasaran | Komunikasi | Korporat | Dokumen atau maklumat bercetak yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada pemilik sesuatu inovasi atau barangan. Inovasi boleh dalam bentuk idea atau ciptaan baru sesuatu barangan, sama ada untuk tujuan pemasaran atau pameran. Dokumen tersebut berfungsi sebagai pelindung kepada pencipta idea atau barangan berkenaan. Paten pasaran biasanya dilindungi di bawah Akta Hak Cipta dan Harta Intelek. Untuk mengelakkan penciplakan, pencipta idea atau barangan perlu mendaftarkan ciptaan tersebut kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil pendaftaran paten. Pihak berkuasa akan mengeluarkan dokumen pengesahan kepada pencipta setelah memenuhi syarat yang ditetapkan, seperti menyertakan maklumat asal yang lengkap mengenai hasil ciptaan baru tersebut. |
innovative dissonance | kesumbangan inovasi | Pendidikan | Tiada | Perihal sesuatu inovasi yang tidak sesuai atau bercanggah dengan amalan lazim. |
innovation strategy | strategi inovasi | Pendidikan | Tiada | Strategi yang dirancang untuk memperkenalkan, menyebarkan, dan menerapkan inovasi kepada individu atau kelompok tertentu. |
innovative stage | peringkat inovasi | Pendidikan | Tiada | Peringkat hasil pemikiran seseorang atau siri tindakannya yang menghasilkan inovasi. |
innovation-decision process | proses keputusan inovasi | Pendidikan | Tiada | Proses membuat keputusan atau ketetapan dalam melaksanakan sesuatu inovasi. |
process innovation | inovasi proses | Pengurusan | Perancangan | Proses pencetusan idea baharu untuk menghasilkan kaedah operasi yang baharu atau lebih baik. Inovasi proses dapat menjimatkan kos operasi, meningkatkan kecekapan operasi dan kepuasan pelanggan serta warga kerja organisasi. Contohnya, sebuah perpustakaan yang melakukan penambahbaikan dalam proses peminjaman buku daripada kaedah manual (melalui kaunter) kepada kaedah automasi (menggunakan mesin layan diri). |
innovation life cycle | kitaran hidup inovasi | Ekonomi | Tiada | Perubahan dalam rekaan baru yang melalui beberapa peringkat iaitu dari peringkat awal dengan pengenalan inovasi keluaran sehingga peringkat pertumbuhan, seterusnya ke peringkat kematangan dan akhirnya menurun kembali ke arah peringkat asal. |
innovation | inovasi/reka baru | Ekonomi | Tiada | 2. Pengenalan keluaran baru supaya dapat diniagakan sama ada dilihat dari segi jenis keluaran, gunaan keluaran, perkhidmatan yang diberikan atau cara-cara baru untuk mengeluarkannya. Proses inovasi ini bermula dengan ciptaan yang kemudiannya digunakan secara komersial setelah diuji, dimajukan, dan dikeluarkan untuk jualan. |
innovation | inovasi/reka baru | Ekonomi | Tiada | Tiada |
innovation | inovasi/reka baru | Sosiologi | Tiada | Tiada |