Islamic debt security | sekuriti hutang Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen yang diterbitkan berdasarkan prinsip Islam oleh pengeluar instrumen dan dibeli oleh pihak lain yang dikenali sebagai pemegang instrumen. Penerbitan instrumen ini berdasarkan prinsip hutang. Pihak pengeluar mengeluarkan instrumen tersebut untuk mendapatkan modal, kecairan dan pemodalan semula. Pemegang pula membeli instrumen tersebut untuk tujuan pelaburan dan mendapatkan pulangan. Instrumen ini diurusniagakan mengikut konsep bon kupon sifar kerana sifatnya yang tidak mengeluarkan kupon. Pada dasarnya instrumen ini boleh diterbitkan dalam dua bentuk, iaitu bon berkait ekuiti dan bon tidak berkait ekuiti. Contoh sekuriti hutang Islam ialah sukuk ijarah, sukuk bai‘ bithaman ajil dan sukuk istisna’. |
Islamic equity security | sekuriti ekuiti Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen yang diterbitkan berdasarkan prinsip Islam oleh pengeluar instrumen dan dibeli oleh pihak lain yang dikenali sebagai pemegang instrumen. Penerbitan instrumen ini berdasarkan ekuiti. Pihak pengeluar mengeluarkan instrumen tersebut untuk mendapatkan modal, kecairan dan pemodalan semula. Pemegang pula membeli instrumen tersebut untuk tujuan pelaburan dan mendapatkan keuntungan. Contohnya, saham, waran dan pembiayaan ekuiti. |
key instrumen | instrumen utama | Pendidikan | Tiada | Orang yang penting dalam sesuatu situasi, contohnya pengkaji. |
shariah compliance instrument | instrumen patuh syariah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen pasaran modal yang menepati kehendak syariah. Di Malaysia, instrumen ini harus diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti. Dana yang dijana daripada instrumen ini digunakan untuk aktiviti yang selaras dengan syariah. Contohnya, waran panggilan, kontrak niaga hadapan minyak kelapa sawit mentah, hak langgan boleh pindah dan pensekuritian aset Islam. |
debt instrument | instrumen hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sebarang dokumen yang menandakan pemegangnya mempunyai tuntutan hutang terhadap pengeluar dokumen tersebut. Instrumen hutang dikenali juga sebagai sekuriti, walaupun kadangkala sekuriti merujuk kepada alat hutang yang mempunyai tempoh matang yang panjang. Contohnya, bil, bon atau nota yang dikeluarkan oleh kerajaan dan swasta. Apabila instrumen ini diurusniagakan mengikut prinsip syariah seperti murabahah dan bai‘ bithaman ajil, instrumen ini dikenali sebagai instrumen hutang Islam. |
debt instrument | instrumen hutang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Instrumen yang melambangkan pinjaman penerbit dengan penerbitnya membayar kadar faedah tertentu pada jangka masa tertentu. Instrumen itu seperti bon, debentur, sijil deposit dan sebagainya. |
musharakah convertible income certificates | sijil musyarakah pendapatan boleh ubah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen kewangan yang boleh diapungkan dan mempunyai kadar pulangan yang berubah. Instrumen ini mula diperkenalkan di pasaran oleh Investment Finance Corporation pada 1993. Instrumen ini biasanya, mempunyai tempoh matang jangka panjang dan kadar pulangannya dikaitkan dengan kadar dividen tahunan saham biasa musyarakah. Instrumen boleh diubah kepada saham biasa musyarakah pada harga buku dan boleh diurusniagakan di pasaran modal. |
Islamic financial instrument | instrumen kewangan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Dokumen yang diurusniagakan dalam pasaran kewangan mengikut prinsip syariah. Contohnya, sijil pelaburan kerajaan, bil Bank Negara Malaysia dan bon cagamas mudarabah. Dokumen ini menjadi obligasi kewangan kepada pengeluarnya tetapi menjadi aset kewangan kepada pembeli atau pemilik. Instrumen kewangan ini boleh berbentuk sama ada instrumen hutang atau instrumen ekuiti dan dikeluarkan oleh unit ekonomi dalam sektor swasta dan juga sektor awam yang memerlukan dana. |
securities | sekuriti | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen kewangan yang diterbitkan oleh syarikat atau badan awam untuk membuktikan hak pemilikan atau hak pemberian hutang. Instrumen ini termasuk saham, bon, debentur, stok pinjaman, opsyen dan waran. Pemegang instrumen mempunyai hak untuk menerima sebarang pulangan pada masa hadapan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. |
equity instrument | instrumen ekuiti | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sebarang dokumen yang menandakan pemegangnya mempunyai tuntutan pemilikan terhadap aset entiti perniagaan. Instrumen ekuiti ini digunakan oleh entiti perniagaan untuk mendapatkan sebahagian dana bagi memulakan dan mengembangkan operasi. Contohnya, modal saham, saham keutamaan, waran dan pembiayaan ekuiti. Semua instrumen ekuiti tersebut menepati prinsip syariah. |