Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.te.rak.si] | اينترکسي

Definisi : tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak: kaunseling ialah satu proses yg melibatkan ~ antara seorang kaunselor dgn kliennya; komunikasi massa sering diertikan sbg proses perhubungan atau ~ antara individu dlm sesuatu kelompok masyarakat; berinteraksi bertindak (berhubungan secara aktif dsb) antara satu sama lain, saling bertindak (mempengaruhi, berhubungan, dsb): persidangan itu telah memberi banyak peluang kpd para peserta utk ~ serta bertukar-tukar fikiran; murid-murid drpd berbagai-bagai kaum bergaul dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.te.rak.si] | اينترکسي

Definisi : tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas antara dua pihak atau lebih: Komunikasi ialah proses perhubungan atau ~ di kalangan individu. berinteraksi bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain: Pertemuan itu memberi peluang kpd yg hadir utk ~ serta bertukar-tukar fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata interaksi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gene interactioninteraksi genBiologiGenetikInteraksi antara gen-gen berbeza yang terletak pada genom yang sama untuk menghasilkan fenotip tertentu. interaksi ini selalunya berlaku apabila gen-gen bukan alel berfungsi pada salah satu tapak jalan turutan tindak balas yang akan menghasilkan sebatian akhir.
human computer interaction (HCI)interaksi manusia komputer (HCI)Teknologi MaklumatPerisianBidang yang mengkaji interaksi antara manusia dengan komputer. Bidang ini biasanya melibatkan pertindanan antara bidang seperti sains komputer, sains tingkah laku, reka bentuk dan beberapa bidang kajian lain. Interaksi antara pengguna dengan komputer berlaku dalam antara muka pengguna yang melibatkan kedua-dua perisian dan perkakasan. Memandangkan bidang ini melibatkan gabungan manusia dan mesin, maka pengetahuan yang baharu bagi menyokong kedua-dua aspek mesin dan manusia dapat dikembangkan. Dalam aspek mesin, teknik grafik komputer, sistem pengendali dan bahasa pengaturcaraan adalah relevan dalam perkembangan penyelidikan bidang ini. Dalam aspek manusia pula, teori komunikasi, grafik dan reka bentuk industri, linguistik, sains sosial, psikologi kognitif dan prestasi manusia mampu memantapkan bidang ini. HCI kadangkala dirujuk sebagai interaksi manusia mesin (MMI) atau interaksi komputer manusia (CHI).
molecular biologybiologi molekulPertanianAgroteknologiCabang ilmu biologi yang terlibat dalam kajian mengenai benda-benda hidup pada skala molekul. Disiplin ilmu ini termasuklah kajian tentang interaksi molekul dalam benda hidup dan kesannya, terutama tentang interaksi berbagai-bagai sistem dalam sel, interaksi DNA, RNA dan sintesis protein, serta bagaimana interaksi tersebut diatur. Contohnya, proses pembiakbakaan melalui manipulasi gen tanaman atau ternakan.
human-machine interactioninteraksi mesin-manusiaTeknologi MaklumatTiadaKemudahan untuk membaiki interaksi antara pengguna dengan sistem komputer.
HCI (human computer interaction)HCI (interaksi manusia komputer)Teknologi MaklumatTiadaBidang kajian interaksi antara pengguna dengan sistem komputer.
Flory interaction parameterparameter interaksi FloryKejuruteraanPolimerUkuran daya antara molekul di dalam molekul polimer yang menggambarkan interaksi antara pasangan segmen polimer.
aeroelasticityaeroanjalanAeroangkasaTiadaSains berkenaan interaksi antara daya aerodinamik dengan struktur elastik.,Sains berkenaan interaksi antara daya aerodinamik dengan struktur elastik.
nutritionpemakananMakanan dan PemakananPemakananBidang sains yang mengkaji interaksi antara benda hidup dengan makanan. Pemakanan melibatkan tindakan, interaksi, dan imbangan berhubung dengan kesihatan dan penyakit. Pemakanan bermula daripada proses apabila individu memilih, mengambil makanan, mencerna, menyerap, mengangkut, metabolisme dan pembuangan produk akhir. Pemakanan juga meliputi aspek sosial, ekonomi, budaya dan implikasi psikologi dalam pengambilan makanan.
affinity chromatographykromatografi afinitiHerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang berasaskan interaksi biokimia antara ligan yang terikat pada fasa pegun dengan zat terlarut dalam fasa gerak. Interaksi biokimia ini termasuklah antigen-antibodi, enzim-substrat dan drug-reseptor. Fungsi ligan dalam kaedah ini serupa dengan kumpulan berfungsi yang digunakan dalam kromatografi penukaran ion. Kaedah ini digunakan untuk memisahkan bahan yang mempunyai kecenderungan yang lebih kuat pada ligan berkenaan berbanding zat terlarut yang lain dalam satu larutan. Zat terlarut yang terperangkap pada ligan dilalukan dengan fasa gerak yang mengandungi ligan yang sama. Zat terlarut tulen kemudian dihasilkan melalui penguraian kompleks zat terlarut-ligan dengan cara menukar pH atau kekutuban fasa gerak. Contoh penggunaan kaedah ini ialah penulenan bahan lektin daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan ligan gula.
drug interactioninteraksi drugFarmasiFarmakologiKeadaan yang berlaku apabila sesuatu drug bertindak balas sesama sendiri atau dengan drug lain, agen kimia endogenus, komponen dalam diet atau dengan bahan-bahan kimia yang digunakan, atau yang berpunca daripada ujian-ujian diagnostik. Interaksi drug akan menghasilkan kesan-kesan seperti yang berikut: 1. Kesan farmakologi, sama ada yang diingini atau tidak diingini. 2. Kesan kimia atau :fisiologi, khususnya yang terhasil apabila dua jenis drug yang berbeza diambil secara bersama-sama. 3. Kesan yang terhasil apabila dua atau lebih drug diambil secara bersama-sama, mengakibatkan perubahan terhadap kesan drug jika diambil berasingan. Drug tersebut mungk:in mempunyai kesan penggalak atau aditif, dan kesan-kesan sampingan yang serius.
12345678910...

Kembali ke atas