internet phone | telefon internet/fon internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Tiada |
internet phone | telefon internet/ fon internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Tiada |
browser | pelayar | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang digunakan untuk melihat, memuat turun, memuat naik, mengimbas atau mencapai dokumen seperti laman web dalam Internet. Internet Explorer ialah pengimbas yang popular. Pengimbas juga memberi kemudahan seperti penanda buku untuk memudahkan pengguna menyimpan pautan kepada laman web yang tertentu. |
Internet | Internet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969. Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Internet meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat (WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet (IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia (pada tahun 2003). Sinonim antara rangkai, Net. |
Internet site | tapak internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Sebuah komputer dalam rangkaian Internet yang berfungsi untuk menyenggara laman web. Komputer ini mengandungi maklumat yang boleh dicapai dengan menggunakan alat mengemudi Internet seperti FTP atau pengimbas web. Tapak Internet disimpan dalam pelayan.Lihat juga tapak web |
Internet site | tapak internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Sebuah komputer dalam rangkaian Internet yang berfungsi untuk menyenggara laman web. Komputer ini mengandungi maklumat yang boleh dicapai dengan menggunakan alat mengemudi Internet seperti FTP atau pengimbas web. Tapak Internet disimpan dalam pelayan.Lihat juga tapak web |
Internet | Internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969, Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Ia meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat(WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet(IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia(pada 2003). Sinonim antara rangkaian, Net Lihat juga ARPANET |
Internet server | pelayan Internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Pelayan dalam sistem rangkaian Internet yang mengurus pelbagai sumber. Contohnya, pelayan web yang mengurus laman web. Pelayan Internet yang lain termasuklah pelayan e-mel, pelayan FTP, pelayan IRC, pelayan senarai dan pelayan perisian kumpulan. |
Internet security | keselamatan Internet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah untuk memastikan maklumat yang dihantar melalui Internet adalah selamat daripada sebarang pengubahsuaian yang tidak sah serta tidak diketahui atau dicapai oleh individu yang tidak sah. Lihat juga Internet. |
Internet telephony | telefoni Internet | Teknologi Maklumat | Tiada | Set perkakasan dan perisian yang digunakan untuk melakukan panggilan atau faks ke serata dunia dengan menggunakan rangkaian Internet sebagai ganti talian telefon. Ia lebih murah berbanding dengan talian telefon biasa kerana melibatkan panggilan tempatan dan bukan panggilan antarabangsa. Contohnya, panggilan ke Australia cuma RM0.29 seminit melalui telefoni Internet berbanding dengan panggilan telefon biasa yang berharga RM0.90 seminit melalui talian telefon biasa. Walau bagaimanapun, kualiti panggilannya lebih rendah. Sistem telefoni Internet terdiri daripada komponen berikut : a)peranti akhir seperti telefon biasa, komputer multimedia atau terminal khusus b) get laluan untuk menterjemah data audio kepada digital dan sebaliknya danc)proksi yang menguruskan panggilan secara berpusat d) unit persidangan berbilang titik. |