global spy network | rangkaian intip sejagat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian yang menggunakan sistem terautomasi untuk memintas dan menghalakan semua bentuk komunikasi elektronik ke lokasi pusat. Contoh rangkaian intip sejagat ialah Echelon untuk kerajaan Amerika Syarikat. Rangkaian Echelon mampu memintas sehingga tiga bilion komunikasi individu awam dan syarikat swasta sehari yang termasuk e-mel, panggilan telefon, faksimile, dan juga paket data Internet. |
spyware | perisian intip | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkah laku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. |
spyware | perisian intip | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkahlaku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. |
browser hijacker | perampas pelayar | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang berbentuk perisian hasad atau perisian intip yang membenarkan penggodam mengintip aktiviti pelayaran komputer yang dijangkiti perisian tersebut. Contoh akibat daripada pengintipan tersebut ialah iklan timbul terpapar, laman utama web diset semula dan mengalihkan pelayar kepada laman web yang tidak dijangka. Lihat juga perisian intip, perisian hasad. |
recce | intip; mengintip | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
wiretapping | intip dengar | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses memasang alat yang berfungsi merakam perbualan atau data dari talian komunikasi. |
spy point | titik intip | Komputer | Tiada | Tiada |
peephole optimization | pengoptimuman lubang intip | Komputer | Tiada | Tiada |
adware | perisian iklan | Teknologi Maklumat | Perisian | Pakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila pakej ini dipasangkan atau digunakan, iklan secara automatik akan terpapar atau diminta untuk dimuat turun. Terdapat jenis perisian iklan yang dikenali sebagai perisian intip dan diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. Lihat juga perisian intip. |
adware | perisian iklan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Pakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila pakej ini dipasangkan atau digunakan, iklan secara automatik akan terpapar atau diminta untuk dimuat turun. Terdapat jenis perisian iklan yang dikenali sebagai perisian intip dan diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. Lihat juga perisian intip. |