Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.puh] | ايڤوه

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg getahnya beracun), Antiaris toxicaria; 2. = getah ~ racun drpd getah pokok ipuh, upas; ~ akar = akar ~ = ~ akar besar sj tumbuhan (pokok), Strychnos ovalifolia; ~ akar putih sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serawan, Roucheria griffithiana; beripuh beracun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
terapterapPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu yang ringan dalam genus Artocarpus dan Parartocarpus, dan Antiaris toxicaria daripada famili Moraceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah ara bertih, ipuh, miku, dan sukun, di Sabah paliu, timadang, dan timbangan. Spesies utama kayu ini termasuk Arcorpus elasticus, A. scortechinii, Parartocarpus bracteatus, dan P. venenosus. Gubal kayu terap sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning atau coklat kekuningan. Kadangkala teras kayunya berwarna coklat tua dan mudah dibezakan daripada gubal kayunya.Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 560 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikemas siap, tidak tahan, tetapi mudah diawet. Kadar pengeringan kayu ini berbeza-beza mengikut spesies. Kayu terap sesuai untuk lantai, venir kor, papan lapis, kotak, dan alas angkut.

Kembali ke atas