isometric | isometrik | Farmasi | Tiada | 1. Proses yang berlaku pada tekanan tetap. 2. Ukuran farmakologi yang menggunakan tisu otot berukuran tetap pada panjang yang malar. |
isometric | isometrik | Gerontologi | Tiada | Proses pengecutan otot tanpa melibatkan pergerakan sendi. |
nonisometric | tak isometrik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
isometric projection | unjuran isometrik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Lukisan kejuruteraan yang menunjukkan gambaran objek menurut tiga satah, iaitu satah x-y, x-z, dan y-z yang serenjang antara satu sama lain. Sementara itu paksi x dan y condong 30° terhadap garis ufuk. Lukisan ini banyak digunakan dalam proses reka bentuk produk. |
gersdorffite | gersdorfit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik yang berwarna putih perak atau kelabu keluli, dan mungkin mengandungi sedikit besi dan kobalt. |
smaltite | smaltit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik berwarna putih timah atau kelabu pucat yang biasanya mengandungi sedikit besi, sering kali terdapat bersama-sama kobaltit, dan mewakili bijih kobalt dan nikel. |
tetrahedrite | tetrahedrit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik berwarna kelabu keluli atau hitam besi yang biasanya mengandungi zink, plumbum, merkuri, kobalt, nikel, atau perak yang menggantikan sebahagian tembaga. |
cuprite | kuprit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik berwarna merah yang berupa bijih tembaga yang utama, dan terdapat sebagai mineral sekunder di zon peluluhawaan rod tembaga. |
langbeinite | langbeinit | Geologi | Tiada | Mineral isometrik tanpa warna hingga berwarna kemerahan yang digunakan dalam industri baja sebagai sumber sebatian kalium. |
analcite | analsit | Geologi | Tiada | Zeolit isometrik berwarna putih atau tanpa warna yang terdapat di dalam diabes dan basalt yang kaya dengan alkali. |