Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.so.pre.na] | ايسوڤرنا

Definisi : unit molekul bagi getah asli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isoprena


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
isoprenaisoprenaFarmasiTiadaUnit molekul bagi getah asli dan terpena yang wujud dalam bentuk cecair tidak berwarna yang larut di dalam alkohol dan pelarut hidrokarbon. Isoprena digunakan untuk menghasilkan poli-isoprena dan getah tiruan.
isopreneisoprenaHerbaFitokimiaCecair tanpa warna yang tidak larut dalam air dan larut dalam pelarut organik. Isoprena dikelaskan sebagai hemiterpena dan merupakan asas bongkah binaan bagi pelbagai sebatian terpena. Sebatian isoprena sendiri diruapkan oleh pokok ru (Casuarina sp.). Dalam industri, isoprena digunakan untuk membuat getah tiruan. Isoprena dikenali juga sebagai sebatian 2-metilbutadiena (C5H8).
isoprene rulepetua isoprenaHerbaFitokimiaPanduan yang menerangkan pola penggandingan unit isoprena untuk membentuk pelbagai sebatian terpena. Pada amnya, sebatian terpena terhasil daripada gandaan unit isoprena (C5H8) melalui penggandingan hujung kepala kepada ekor, kepala kepada kepala atau ekor kepada ekor.
siopreneisoprenaKimiaTiadaUnit molekul bagi getah asli dan terpena, formula CH2=C(CH3)CH=CH2, takat beku –146oC, takat didih 34.1oC, wujud dalam bentuk cecair tidak berwarna yang larut di dalam alkohol dan pelarut hidrokarbon. Cecair ini disediakan secara pendehidrogenan 2-metil-butana. Isoprena digunakan untuk menghasilkan poliisoprena dan getah tiruan getah butil.
isopreneisoprenaFizikNanoteknologiMolekul C5H8 daripada getah asli yang berbentuk cecair tanpa warna dengan suhu didih 34.1�C, larut di dalam alkohol dan eter, tetapi tidak larut di dalam air. Cecair ini mudah mengalami pempolimeran untuk membentuk dimer dan resin elastomer dengan berat molekul yang tinggi. Isoprena digunakan untuk menghasilkan poliisoprena dan getah buatan.
isopreneisoprenaGeologiTiadaCecair lincah tanpa warna yang mempunyai takat didih 34.1øC, tidak larut di dalam air, larut di dalam alkohol dan eter; C5H8.
isopreneisoprenaKimiaTiadaTiada
isopreneisoprenaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
isopreneisoprenaKimiaTiadaTiada
isoprene ruleaturan isoprenaGeologiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas