adsorption isotherm | isoterma jerapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hubungan antara tekanan separa dengan isi padu bahan yang terjerap pada permukaan mangkin pada keadaan keseimbangan dan suhu yang malar. Contoh isoterma jerapan ialah isoterma Langmuir, Temkin dan Freundlich. |
isothermal layer | lapisan isoterma | Geografi | Tiada | Kawasan isoterma atmosfera di atas lapisan tropopaus. |
isothermal gradient | kecerunan isoterma | Geografi | Tiada | Gradien perubahan suhu melalui ruang pada sebuah carta isoterma. |
work of isothermal compression | kerja pemampatan isoterma | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kerja yang dilakukan oleh pemampatan boleh balik gas unggul yang tidak mengalir pada keadaan isoterma, yang diungkapkan sebagai W = � PdV = RT ln (V2/V1) = RT ln (P1/P2), Dengan W = kerja, P = tekanan, T = suhu, V = isi padu, R = pemalar gas semesta. |
langmuir isotherm | isoterma Langmuir | Farmasi | Tiada | Salah satu daripada ciri-ciri plot jumlah gas yang dijerap di atas sejumlah bahan tertentu dengan lapisan ekamolekul berlawanan dengan tekanan pada suhumalar. Persamaan dalam bentuk isoterma Langmuir berguna dalam enzimologi dan farmakologi molekul. |
Ward experiment | eksperimen Ward | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Eksperimen isoterma penjerapan hidrogen pada permukaan serbuk kuprum pada suhu 25�C. Eksperimen ini merupakan eksperimen pertama yang klasik tentang isoterma penjerapan pada permukaan logam. |
isothermal acoustic velocity | halaju akustik isoterma | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Halaju akustik pada keadaan suhu medium yang malar di dalam gas unggul yang ditakrifkan sebagai aT2 = P/r, dengan P = tekanan, r = ketumpatan, aT = halaju akustik isoterma. |
PVT relation of isothermal compression/ expansion | hubungan PVT pemampatan/ pengembangan isoterma | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hubungan yang mengaitkan tekanan P dan isi padu V pengembangan atau pemampatan gas unggul pada suhu yang malar (keadaan isoterma) dan pada keadaan kebolehbalikan yang diungkapkan sebagai P1 V1 = P2 V2. |
stability criteria of isothermal compressibility factor | kriteria kestabilan faktor kemampatan isoterma | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kriteria bagi sistem yang stabil yang jika tekanannya dinaikkan kepada keadaan suhu yang malar, isi padunya akan menurun. Faktor kemampatan isoterma kT adalah stabil jika kT � 0. |
isothermal compressibility factor | faktor kemampatan isoterma | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Faktor yang menjelaskan perubahan isi padu dengan tekanan sesuatu bendalir per unit isi padu bendalir pada keadaan suhu yang malar yang diungkapkan sebagai (rujuk m/s 48) dengan k? = faktor kemampatan isoterma (1/Pa), V = isi padu (m3), P = tekanan (Pa), T = suhu, n = bilangan mol. |