Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.mé.wa] | ايستيميوا

Definisi : (istiméwa) 1. khas (utk sesuatu tujuan tertentu), khusus: kami melihat pertunjukan itu dr satu pentas ~; gabungan sel yg ~ utk menghantar utusan ke bahagian-bahagian badan dinamakan tisu saraf; 2. lain drpd yg lain, luar biasa: rombongan muhibah itu telah diberi layanan yg paling ~; soal bahasa Kebangsaan menerima perhatian yg ~ dlm perdebatan Dewan Rakyat; 3. = ~ lagi = ~ pula apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya: negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang; sedangkan orang tua-tua tidak dapat menyelesaikan perkara itu ~ pula kanak-kanak; mengistimewakan mengekhaskan, mengutamakan, meluarbiasakan: kedudukan Malaya samalah dgn negara-negara lain yg ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang utk eksport; tidak ada seorang pun yg diistimewakan dlm undang-undang negeri ini; teristimewa 1. yg sangat khas, yg luar biasa, terkhusus: perkara yg ~ berkenaan dgn keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan hulu seiras; 2. = ~ lagi = ~ pula terlebih lagi, terutama: tersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada berlauk; keistimewaan perihal istimewa: ia mempunyai beberapa ~ jika dibandingkan dgn kawan-kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.mé.wa] | ايستيميوا

Definisi : /istiméwa/ 1 khas utk maksud tertentu: Utk mereka, telah disediakan sebuah pentas yg ~. 2 tidak sama dgn yg lain; lain drpd yg lain: Kami telah menerima hadiah yg ~ drpd penduduk pekan kecil itu. ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi; terutama pula; apa lagi. keistimewaan hal-hal yg istimewa; kelebihan; keutamaan: Satu ~ unta ialah binatang itu dpt berjalan beberapa hari tanpa makan atau minum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istimewa (adjektif)
1. Bersinonim dengan khas: khusus, tertentu, utama, ulung,

2. Bersinonim dengan luar biasa: tersendiri, unik, unggul,
Berantonim dengan biasa

Kata Terbitan : mengistimewakan, keistimewaan,

Peribahasa

Belum sekuku.

Bermaksud :

Amat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diplomatic privilegeshak istimewa diplomatUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHak yang khusus bagi kedutaan, duta, pegawai kedutaan, ahli keluarga termasuk harta-harta yang dimiliki. Hak istimewa diplomat merupakan satu adat dan telah dikanunkan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Hak istimewa diplomat ini diberi untuk memastikan diplomat menjalankan tugas yang berkesan, seterusnya menggalakkan hubungan baik antara negara. Contoh hak istimewa diplomat ialah kekebalan daripada bidang kuasa jenayah, sivil dan pentadbiran negara penerima, dan ketakbolehcabulan daripada ditahan, ditangkap, digeledah, dicederakan atau dibunuh. Harta mereka juga tidak boleh ditahan, digeledah atau disita. Walaupun kedutaan dan diplomat perlu mematuhi larangan dan sekatan dalam mengimport barangan, tetapi mereka mempunyai hak untuk tidak dikenakan cukai atau duti terhadap barangan import yang dibawa masuk bagi kegunaan rasmi atau peribadi. Hak istimewa diplomat ada yang bersifat mutlak, dan ada juga yang bersifat tidak mutlak. Sinonim keistimewaan diplomatik.
tanqis khasspengurangan istimewaPerniagaan IslamTiadaPemberian harga istimewa kepada suatu pihak kerana sebab tertentu. Contohnya, keistimewaan harga yang diberikan untuk kakitangan, anggota kelab dan ahli badan profesional.
specialty wholesalerpemborong istimewaPentadbiranTiadaPemborong saudagar yang menawarkan keluaran istimewa daripada barisan keluaran kepada pelanggan sasaran.
Envoy Extraordinary and PlenipotentiaryDuta Besar Mutlak dan IstimewaSejarahTiadaOrang yang dilantik sebagai pegawai diplomatik yang mempunyai kuasa yang mutlak dan istimewa mewakili negaranya dalam urusan antarabangsa.
privilege informationmaklumat istimewaKomunikasiKorporatStatus maklumat yang berkaitan dengan status sumber dan penerima. Secara prinsipnya, maklumat perlu disebarkan secara terbuka kepada penerima. Walau bagaimanapun, dalam keadaan dan faktor tertentu, sebahagian maklumat tidak diberikan kepada umum tetapi diberikan kepada penerima tertentu. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, maklumat ini biasanya diberikan kepada media yang sentiasa bekerjasama dengan sesebuah organisasi, khususnya yang berkaitan dengan aktiviti publisiti dan promosi. Setiap media berusaha untuk meletakkan diri mereka sebagai media yang diberikan keutamaan untuk mendapatkan maklumat istimewa. Maklumat dianggap istimewa kepada media kerana membantu meningkatkan imej media yang berwibawa dan dipercayai berbanding dengan media lain, maklumat diperoleh dengan lebih pantas serta mendapat berita yang lebih banyak, mendalam, dan terkini.
perkfaedah istimewaPentadbiranTiadaTiada
perquisitefaedah istimewaPentadbiranTiadaFaedah tertentu yang disediakan kepada eksekutif utama firma.
valuable propertysifat istimewaFizikTiadaTiada
privileged instructionsuruhan istimewaKomputerTiadaTiada
privileged operationpengendalian istimewaKomputerTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas