bai‘ ja’iz | jual beli dibolehkan | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli yang boleh dilakukan dalam keadaan logik seperti akad yang wujud di bawah pelbagai akad apabila pihak berkontrak mempunyai pilihan untuk menggunakan akad yang bersesuaian mengikut pilihan mereka. Jual beli yang tidak logik tidak boleh dianggap sebagai suatu jual beli, seperti ingin menjual burung yang masih berterbangan di langit. |
الجائفة | ja'ifat | Agama Islam | Fiqh | Cedera parah yang berlaku pada bahagian perut. |
reggae | reggae | Muzik | Tiada | Muzik popular dari Jamaica yang mencantumkan patois Jamaica, rentak sinkopasi dari Afrika dan muzik rhythm and blues dari Amerika Syarikat. Reggae muncul di Jamaica pada tahun 1970-an dan dipopularkan di peringkat antarabangsa oleh kumpulan Bob Marley and The Wailers. Link lagunya tentang kepercayaan Rastafarian dan masalah kehidupan orang kulit hitam kelas bawahan di Jamaica. |
Fick�s first law � mass flux definition relative to mass average velocity | hukum Fick pertama � takrifan fluks jisim relatif kepada halaju jisim purata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum Fick pertama yang menyatakan bahawa resapan molekul komponen A daripada satu campuran dalam arah paksi z pada keadaan isoterma dan isobar dijelaskan dalam fluks resapan jisim relatif kepada halaju resapan jisim purata sebagai jA,Z = rDAB dwA/dz, dengan jA,Z = fluks jisim A dalam arah paksi z relative kepada halaju jisim resapan purata, r = ketumpatan jisim keseluruhan, DAB = pekali resapan komponen A melalui komponen B, wA = pecahan jisim komponen A, z = jarak. Bagi ketumpatan jisim keseluruhan r yang malar, persamaan ini diringkaskan sebagai jA,Z = -DAB drA/dz. |
Fick�s first law � molar flux definition relative to molar average velocity | hukum Fick pertama � takrifan fluks molar relatif kepada halaju molar purata | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum Fick pertama yang menyatakan bahawa resapan molekul komponen A daripada suatu campuran dalam arah paksi z pada keadaan isoterma dan isobar dijelaskan dalam fluks resapan molar relatif kepada halaju resapan molar purata sebagai JA,Z = -DAB dCA/dz, dengan JA,Z = fluks molar dalam arah paksi z relative kepada halaju resapan molar purata, dCA/dz = kecerunan dalam arah paksi z, DAB = pekali resapan komponen A melalui komponen B. Bagi ketumpatan molar keseluruhan yang malar, persamaan ini diringkaskan sebagai JA,Z = -CDAB dyA/dz, dengan C = ketumpatan molar keseluruhan, yA = pecahan mol komponen A. |
hip-hop | hip-hop | Muzik | Tiada | Budaya sekumpulan orang kulit hitam di Amerika Syarikat yang mengutamakan rap, tarian break, lukisan grafiti, keme-ja-T dan seluar besar, kasut kanvas dan topi besbol. Hip-hop berasal dari kota New York pada tahun 1970-an. Budaya hip-hop telah tersebar ke negara lain dan disesuaikan dengan ciri tempatan seperti bahasa, loghat, melodi dan rentak. Contoh kumpulan hip-hop di Malaysia, termasuklah Poetic Ammo, VE dan Teh Tarik. |
shi�r ?l-w??f | shi�r ?l-w??f | Kesusasteraan | Tiada | Puisi arab yang mengandungi unsur deskriptif yang membicarakan keindahan alam sekitar. Antara ciri puisi ini adalah memaparkan elemen persekitaran seperti benda dan haiwan, unsur perbandingan langsung atau tidak langsung, unsur hiperbola dan sebagainya. Shi�r ?l-w??f pada zaman Jahiliah mempunyai elemen perasaan, khayalan, dan lafazan, bertujuan mengambarkan sesuatu objek dalam kehidupan dan persekitaran mereka. Objek yang menjadi perhatian penyair ialah binatang tunggangan seperti unta dan kuda, di samping khayalan mereka tentang suasana padang pasir yang kontang, Contoh penyair deskriptif zaman Jahiliah yang terkenal ialah Imru� al �Qays dan al-Nabighah al-Ja �di. shi�r ?l-w??f berkembang di Andalus dengan kemasukan unsur baharu seperti salji. Puisi deskriptif ini berbeza bentuk atau pengolahannya berbanding dengan puisi deskriptif pada zaman Jahiliah. Antara penyair zaman Andalus ialah Ibn Khafajah (Diwan). |
anabolic steroid | steroid anabolik | Farmasi | Farmakologi | Kumpulan bahan yang berasal dari bormon seks lelaki (testosteron) atau dihasilkan secara sintetik (terbitan testosteron sintetik:) yang mempunyai kesan anabolik yang kuat dankesan androgenik yang lemahsecara relatif.Steroid anabolik digunakan secara klinikal terutamanya untuk menggalakkan penyimpanan protein serta pertumbuban dan pembaikan tisu-tisubadan atau keadaan yang menggalakkan katabolisme atau pembaziran tisu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan badan secara umum, menghalang kesan estrogen endogenus atau mengalakkan kesan m.askulin (menyebabkan pertumbuhan tisu otot). Kesemua steroid anabolik menyebabkan kesan androgenik-anabolik yang bercampur-campur. Steroid anabolik digtmakan untuk merawat anemia aplastik, aplasia sel-merah dan anemia hemolitik, serta anemia yang berkait dengan kegagalan buah pinggang dan leukemia. Rawatan menggunakan steroid anabolik perlu dielakkan sekiranya diketahui tahap hipersensitiviti pesak:it, semasa kehamilan dan penyak:it serius yang berkaitan ja |