handshake | jabat tangan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
handshake | jabat tangan | Teknologi Maklumat | Tiada | Aturan yang telah ditetapkan lebih awal untuk saling tukar data antara satu modem dengan modem yang lain dalam talian komunikasi. |
bus handshake | jabat tangan bas | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
handshake bus | bas jabat tangan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
handshaking procedure | tatacara jabat tangan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sesi dialog permulaan antara dua entiti yang ingin berhubung antara satu sama lain. Dalam sesi ini, protokol komunikasi ditentukan, seterusnya penukargantian identiti antara entiti yang berhubung serta pengesahan identiti dilakukan sebelum penukargantian data boleh berlangsung. |
Challenge Handshake Authentication Protocol (CHAP) | protokol pengesahan jabat tangan cabar (CHAP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Skema atau protokol yang digunakan oleh pelayan PPP sewaktu berhubung dengan pembekal khidmat Internet. Tujuannya untuk memastikan keselamatan rangkaian komputer. Lihat juga PPP |
CHAP | CHAP | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat Protokol Pengesahan Jabat Tangan Cabar (CHAP) |
CTS/RTS (clear to send/request to send) | CTS/RTS (boleh hantar/mohon hantar) | Teknologi Maklumat | Tiada | Cara komputer dan modem berkomunikasi sebelum penghantaran data dijalankan. Komputer akan memohon untuk menghantar data dan modem akan menjawab boleh hantar. Juga dikenali sebagai jabat tangan. |
line discipline | disiplin baris | Teknologi Maklumat | Tiada | Jujukan operasi rangkaian yang menghantar dan menerima data, mengawal ralat semasa penghantaran, berurusan jujukan dengan set mesej (seperti paket, blok, kerangka dan sel) dan menyediakan data untuk pengesahan dan pengesahsahihan data yang diterima. Disiplin baris ialah satu daripada dua unsur asas protokol komunikasi. Unsur asas lain ialah jabat tangan. |
protocol | protokol | Teknologi Maklumat | Tiada | Set peraturan, prosedur atau konvensyen berhubung dengan format mesej dan masa penghantaran data yang disaling tukar antara dua atau lebih pengguna atau peranti. Set peraturan ini menentukan aspek-aspek seperti pembingkaian, pengendalian data, ketelusan dan kawalan baris data dalam proses penghantarannya. Dalam Internet terdapat protokol TCP/IP yang terdiri daripada TCP, IP, HTTP dan FTP. Lihat juga jabat tangan, disiplin baris |