Holland correlation | korelasi Holland | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi bagi pekali pemindahan haba secara olakan semula jadi untuk sistem penumpu tenaga suria yang ditegakkan pada sudut condongan 0� < q < 70� dan H/L > 12, yang diungkapkan dalam nombor Nusselt sebagai Nu = 1 + 1.44 [1 � 1708/Ra kos q] [1 � 1708(sin 1.8q)1.6/Ra kos q] + [(Ra kos q/5830)1/3 � 1], dengan Nu = nombor Nusselt, Ra = nombor Rayleigh, q = sudut condongan, H = lebar, L = panjang. |
nature | semula jadi; keadaaan; alam semula jadi; alam; tabiat; tabii; hakikat; alamiah | Biologi | Tiada | 1. Keadaan atau alam semula jadi.,2. Jumlah pewarisan, genatip sebagaimana yang ditunjukkan oleh pengaruh sekitaran atau sekitaran.,3. Tabiat, alam, alamiah. |
bromine | bromin | Kimia | Tiada | Unsur bukan logam dalam kumpulan halogen, iaitu kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol Br, nombor atom 35, berat atom 79.904, nombor pengoksidaan +1, -1, +5, -5 dan +6, takat beku –7.3oC, takat didih 58.8oC, berbentuk cecair merah gelap, baunya merengsakan, mudah terbakar, kaustik, sangat beracun dan larut di dalam pelarut organik. bromin terdapat semula jadi di dalam air laut, dan diekstrak secara pengoksidaan garam bromin dengan menggunakan klorin. Sebatian ini digunakan dalam pembuatan etilena dibromida dan sebagai agen peluntur, pelarut, bahan uji dan ubat-ubatan. |
Y2K (year 2000) | Y2K (tahun 2000) | Teknologi Maklumat | Tiada | Masalah yang timbul akibat penggunaan 2 digit terakhir tahun untuk mewakili tahun 4 digit. Contohnya, 1988 diwakilkan sebagai 88. Jadi 00 pada 1 Januari 2000 bermaksud 1 Januari 1900 bukannya 1 Januari 2000. Masalah ini menimbulkan kekalutan pengiraan tempoh masa dan umur. |
watercourse see also stream; river; current | laluan air lihat juga aliran; sungai; arus | Hidrologi | Tiada | (1) Alur semula jadi atau buatan yang airnya mengalir secara berterusan atau berjeda (misalnya, bermusim). (W) (2) Aliran semula jadi yang tidak keseluruhannya bergantung pada air permukaan yang terdekat, dan mengalir di sepanjang dasar di antara dua tebing yang jelas atau melalui lekukan (misalnya, jurang, paya) di sekelilingnya. Ia mempunyai bekalan air yang tetap dan kekal atau berkala dan mempunyai arus nyata ke suatu arah yang khusus dan meluahkan airnya di suatu titik tertentu ke dalam badan air tenang atau air mengalir (tasik, sungai besar, laut) atau menghilang ke bawah tanah. (W) |
resistance | rintangan | Perubatan | Tiada | 1. Keupayaan semula jadi individu atau mikroorganisma untuk menghindar kesan-kesan buruk daripada agen toksik, seperti racun dan mikroorganisma patogen. 2. Dalam psikoanalisis, menghindarkan ingatan peristiwa buruk yang terpendam daripada muncul semula dan dirasai. Lihat juga represi (1). |
mound | bonggol | Geologi | Tiada | 1. Bukit semula jadi yang rendah, terpencil, dan bulat, biasanya daripada tanah.,2. Struktur yang dibina oleh organisma koloni fosil. |
mineral | mineral | Geologi | Tiada | 1. Zat semula jadi yang mempunyai komposisi kimia cirian yang dinyatakan oleh suatu formula kimia; terdapat sebagai hablur individu atau tersebar di dalam batuan atau mineral yang lain. |
pillar | tiang | Geologi | Tiada | 1. Formasi semula jadi yang berupa bentuk seperti tiang. |
creek | caruk | Geologi | Tiada | 1. Aliran semula jadi air yang lazimnya lebih kecil daripada sungai dan biasanya merupakan cabangan sebuah sungai. |