Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.mu.ja.mu] | جامو٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), be­beras padi, mesirah hutan, Aprosa microcalyx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.mu.ja.mu] | جامو٢

Definisi : , jejamu sj ubat yg dibuat drpd berbagai-bagai akar dan daun kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jamu-jamu

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai bertandang ke rumah janda.

Bermaksud :

Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam naik ke surau).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jamujamuHerbaTiadaSediaan herba yang mengandungi campuran pelbagai bahagian tumbuhan. Jamu boleh terdiri daripada bahan segar atau kering, dalam bentuk yang utuh, serbuk atau ekstrak. Sediaan herba ini berasal dari Indonesia. Contohnya, jamu selepas bersalin dan jamu langsing.
herbal remediesjamuPerubatanTiadaCampuran herba yang terdiri daripada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, bunga, buah, batang, biji dan akar yang digunakan untuk merawat penyakit. Jamu biasanya digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat masalah kesihatan atau lebih kerap digunakan sebagai bahan tambahan untuk meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Walaupun ramai yang mengakui keberkesanan ramuan tersebut namun, kajian secara saintifik perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan dan keselamatannya. Sinonim ramuan herba.
herbal remediesramuan herbaPerubatanTiadaLihat jamu.
concoctionkonkoksiHerbaTiadaCampuran bahan atau ramuan pelbagai herba yang disediakan dengan bantuan haba. Contohnya, jamu dan ubat periuk selepas bersalin.
herbal sachetsacet herbaHerbaTiadaPaket kecil pakai buang yang mengandungi ramuan herba untuk sekali guna. Contohnya, sacet teh limau dan teh jamu.
genuine herbal preparationsediaan herba tulenHerbaTiadaSediaan herba tanpa eksipien. Sediaan yang berbentuk lembut dan cecair mungkin mengandungi pelarut pengekstrakan seperti air dan alkohol. Contohnya, ubat periuk dan jamu.
Leucas zeylanicaketumbitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba bersaiz kecil dan bercabang dalam famili Labiatae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah terbiar, terutama tanah pasir berhampiran laut. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus dan beraroma kuat. Daunnya jenis ringkas, bersaiz kecil, tirus dihujung dan tepinya bergerigi halus. Bunganya kecil dan berwarna putih tersusun pada jambak yang padat. Daunnya yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat luka, bengkak dan kegatalan pada kulit serta sakit kepala vertigo. Ubat pupuk ini juga boleh disapu pada abdomen untuk merawat kecacingan, melegakan sakit perut sama ada disebabkan oleh angin ataupun selepas bersalin. Jus daunnya boleh dibuat tonik atau campuran jamu.

Kembali ke atas